SAHABAT BLOG

23 January 2011

Sampah Sarung Tangan Di Tenang

.
Sekarang ni riuh rendah di Tenang. Aku bercadang nak tulis berita pasal sampah. Sebelum itu aku nak ucapkan tahniah kepada Dato' Lim Chong Wei kerana berjaya memenangi Terbuka Malaysia buat kali ke 7. Permainan Chong Wei memang dalam kelas tersendiri sehinggakan Taufik Hidayat yang bukan calang-calang pemain itu mati akal dibuatnya. Kalau tidak kerana ihsan Chong Wei memberikan mata tambahan kepada sahabatnya itu, boleh jadi tak lepas angka 10 macam game pertama. Chong Wei pun nak jaga juga air muka sahabatnya itu. Perkara ini diakui sendiri oleh Taufik sepertikatanya

"Saya rasa dalam set kedua, Chong Wei hanya bagi peluang kepada saya. Jurang mata di antara kami terlalu besar, dia mungkin mahu menjaga air muka saya, kerana kami kawan baik".


Sampah memang banyak kat malaysia ni. Rakyat negeri mana agaknya yang paling ramai buat sampah. aku pun hairanlah, dah tahu rakyat suka membuang sampah ataupun membuat sampah, kenapa kerajaan tidak ada ikhtiar dan cara untuk menjadikan sampah-sampah yang terbuang itu sebagai satu bahan berguna yang bermanafaat kepada manusia. Zaman sekarang ni macam-macam perkara orang dah boleh boleh buat sehinggakan babi pun boleh dicantum dengan biri-biri melalui teknologi klon. Aku tengok Discovary Chanel pasal klon-klon ni siang tadi. Sekarang ni rupa-rupanya para saintis telah berjaya mencantumkan gen manusia ke dalam lembu bagi tujuan menghasilkan susu lembu berprotein manusia. Target mereka suatu hari nanti yang akan dijual dipasaraya adalah susu manusia yang dihasilkan oleh lembu-lembu. Hebat memang hebat, tetapi malangnya para saintis itu bukan orang Islam. Oleh itu sebagai orang Islam kita mungkin berasa was-was akan hukum halal haramnya. Kalau sebegini hebat teknologi orang dah boleh buat, apalah sangat dengan teknologi untuk menukarkan sampah seperti lampin pakai buang, sisa-sisa makanan, kotak-kotak, palstik atau apa jua sampah yang ada ditukarkan kepada suatu produk yang berguna. Tak tahulah produk apa, mungkin juga sebagai bahanapi, sebagai bahan binaan ataupun sebagai bahan untuk membuat jalanraya. Yang penting berguna kepada manusia. jika demikian halnya, taklah dirisaukan sangat pasal sampah yang semakin hari semakin banyak sehinggakan dikatakan dalam sehari boleh menutup negeri perlis. Kalau dalam setahun boleh menutup negeri pahang. kalau begitu dalam 5 tahun mungkin dah boleh bina sebuah pulau baru di Laut Cina Selatan bagi ganti pulau Batu Putih yang dah hilang tu.

Cerita pasal DUN tenang. Sekarang Cikgu Mala dah pakai sarung tangan. Elok juga, tetapi nasihat aku, biarlah istiqamah. Jangan hanya semasa PRK ini sahaja. Sebaik sahaja menjadi calon, cikgu mala terus memberikan kredit pencalonan beliau kepada para guru wanita seluruh negara. Bagus juga kerana beliau masih sayang kepada profesion perguruan. Tapi masalahnya ada ke guru-guru wanita lain yang berbangga dengan tindakan dia tu?

Malam ni, berita TV3 kata ada bendera BN yang kena bakar. Perbuatan ini melampau betul. Kalau nak berkempen 'ganas' pun, sepatutnya tindakan bakar membakar ni patut dielakkan kerana jika kebakaran itu menjadi tidak terkawal, siapa yang susah dan akan merana, sudah tentu mereka dan keluarga mereka. Siapa mereka tu, sudah tentu mereka yang harta benda mereka yang terbakar tu dan juga mereka yang membakar tu kerana kena masuk penjara. Tak ke b*d*h namanya tu, tak b*d*h pun mengong.


Ramai orang BN yakin calon BN boleh menang. Chua Soi Lek pun nampaknya macam yakin je. Orang Cina ramai menjadi pengundi. Orang Melayu lebih kurang 7000 orang lebih, manakala orang Cina lebih kurang 5000 orang lebih. Jadi, kalau Chua Soi Lek yakin boleh menang, bermakna menanglah tu kerana undi orang melayu dah boleh ramal. Kalau semasa PRU 12 dulu, ramai orang melayu sokong BN, maka kali ni pun serupa juga. Orang India pun sama. Tetapi orang Cina ni pelik sikit cara mereka mengundi. Nak kata cerdik tak juga, nak kata b*d*h boleh jadi juga. Orang Cina mengundi tak ikut isu setempat. Mereka ikut isu nasional. Kalau ekonomi ok, RM manyak masyuk,mereka pun sokong BN le. Itu dah boleh baca dah, kecuali para penyokong tulen DAP. Mereka ni macam penyokong PAS juga iaitu berjawatan pembangkang seumur hidup.

2 comments:

Anonymous said...

salam putrarahman,

isu salam tangan dah melalut... Hairan cara orang kita berpolitik. Tengoklah mana ada isu pembangunan atau ekonomi setempat yang didebatkan.

Soal peribadi jadi isu utama. habis diselongkar sejarah hidup orang tu, setiap patah tutur kata dianalisa kot2 boleh di spin. Jadi faktor peribadi calon adalah faktor kemenangan.


Jangan dalam kita ghairah memperkatakan tentang pemakaian sarung tangan, kita memberi hukum yang salah. Contoh kalau kita keluarkan kenyataan - ' apalah salahnya bersalam dengan bukan muhrim pun, bukannya kita naik syahwat pun ' - itu dah jadi lain tu, kita dah mempermainkan hukum Islam yang jelas tentang isu ini.

Tapi kalau mempertikaikan cara calon yang tidak konsisten dengan kata2nya, itu tak kait ngan hukum.

sekadar pandangan...

Anonymous said...

apapun hukum tetap hukum. jgn dipandang remeh. haram tetap haram. harus tetap harus dan halal tetap halal.

bersalam tanpa berlapik tetap haram bagi yg bukan mahram. so.. csl tu kira mca yg tak tau hukum hakam islam..tp yg herannya org melayu yg islam ni pun ramai yg "taktau" dan menghalalkan perbuatan tersebut. berapa ramai di dun tenang tu bersalam dgn bukan mahram... mana pergi nya pak menteri yg menjaga agama. mana pergi cerdik pandai...kenapa tak keluarkan kenyataan berhubung isu yg dimainkan oleh mca. mayb takut undi bn akan hilang...????