SAHABAT BLOG

28 January 2011

PAS BOLEH MENANG DI TENANG?


Pilihanraya Kecil DUN Tenang semakin hampir. Aku tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku di Tenang kerana tidak berkesempatan untuk hadir. Aku percaya sekarang ini pelbagai taktik dan strategi telah dilakukan oleh kedua-dua buah parti yang bertanding bagi tujuan memenangi hati pengundi. Mazlan Aliman merangkap Ketua Penerangan PAS Johor berkeyakinan bahawa mereka akan memperolehi kemenangan jika sekiranya 75 % para pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pihak SPR pula meramalkan seramai 80 % para pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka. Jika Ketua Penerangan PAS Johor itu yakin dengar analisanya dan bukan hanya sekadar strategi untuk mempengaruhi minda pengundi ataupun sekadar 'cakap besar', beliau dan para pengundi sudah boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi berkempen dengan agresif kerana jumlah yang keluar mengundi melebihi jangkaannya. Baca berita di bawah.

Sekarang ini riuh di Media cetak mahupun media maya, suami kepada Cikgu Mala telah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang pendidik dan beliau telah bersalah dan brdosa kepada anak didiknya. Beliau telah tidak hadir bertugas dalam jangka waktu yang lama. Aku tidak tahu apakah punca dan sebab beliau tidak hadir bertugas. Ada pihak mengatakan bahawa beliau telah diberi cuti sakit yang panjang bermula 10 Jan 2011 sehingga 28 Jan 2011. Aku tidak tahu samada benar atau tidak MC yang dikeluarkan itu, tetapi yang jelas ramai pihak mengatakan bahawa beliau dilihat sentiasa sahaja menemani isterinya sepanjang tempoh kempen berjalan. Sekarang ini bukan musim cuti sekolah, jika tidak ada sebab yang kukuh, suami Cikgu Mala ataupun Cikgu Maa'rof tidak sepatutnya meninggalkan tugas beliau sebagai seorang tenaga pengajar kepada anak muridnya. Tindakan beliau meninggalkan tugas itu telah mengakibatkan anak murid beliau tidak dapat mengikuti sessi pengajarannya. Jika sekiranya beliau seorang guru yang bertanggungjawab, beliau tidak akan meninggalkan anak muridnya terkapai-kapai dan kebingungan. Meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya boleh dikategorikan zalim. Cikgu Ma'arof sepatutnya menempatkan tenaganya dn buah fikirannya di Sekolah tempat dia mengajar, tetapi beliau telah menempatkan tenaganya dan buah fikiranya ataupun bahasa mudahnya menempatkan dirinya ditempat yang tidak sepatutnya. Adakah Cikgu Ma'arof boleh dikatakan seorang Cikgu yang Zalim? Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Mungkin kakitangan kerajaan lain ada juga yang membantu pilihanraya di Tenang seorang doktor umpamanya, seorang jururawat, seorang tentera, anggota polis atapun sesiapa sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh disifatkan sebagai membantu jentera kerajaan berkempen bagi calon BN. Kedatangan mereka itu disebabkan arahan yang diterima daripada pegawai atasan mereka dana sebagai seorang kakitangan kerajaan, mereka tidak boleh ingkar. Namun demikian, di dalam kes Cikgu Ma'arof, saya berpendapat bahawa beliau tidka mendapat sebarang arahan daripada pihak atasan untuk datang ke Tenang, dan sangat jelas dan nyata bahawa beliau telah melibatkan dirinya untuk berkempen bagi pihak parti yang bukan membentuk kerajan, maka tidak ada sebab dan alasan lagi bagi beliau untuk menukar tindakannya itu kepada suatu tugasan rasmi kerajaan.

Saya percaya, ramai para guru yang mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Ma'arof, tetapi tidak kurang juga yang menyokong dalam senyap. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh beliau, saya percaya beliau telah menilai semua risiko yang bakal dihadapinya. Tidak mustahil selepas ini, kerajaan Malaysia akan kehilangan kakitangannya buat kali yang kedua selepas Cikgu Mala. Tiga tahun diperlukan untuk menggantikan seorang guru yang meletak jawatan bukan masa yang singkat.

Apa-apa pun aku tunggu keputusan PRK kecil dan ingin melihat samada Ketua Penerangan PAS Johor seorang yang suka cakap besar ataupun seorang penganalisa yang boleh dipercayai.

'PAS Berpeluang Menang Jika 75% Keluar Mengundi'
Posted on Thursday, January 27 @ 14:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Abdul Rahim Sabri


Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.Mazlan Aliman berkata ia berdasarkan beberapa perkembangan menunjukkan calon PAS serta jentera Pakatan berjaya mendapat reaksi “positif” di kampung tradisi dan masyarakat Felda. Ruj. www.tranungkite.net


SPR sasar 80 peratus keluar undi di Tenang

January 27, 2011LABIS, 27 Jan — Walaupun cuaca hujan dan dikhuatiri banjir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pada Ahad ini akan mencapai sasarannya iaitu 80 peratus, kata timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Ruj: www.themalaysianinsider.com.

No comments: