SAHABAT BLOG

21 December 2010

Parti yang terlicik di Malaysia

Aku dapati ada sebuah parti yang cukup licik dan sebuah parti yang jelas begitu benci kepada orang Melayu. Bukan semua orang Melayu, tetapi orang Melayu yang tidak tunduk dan mengikut telunjuk mereka. Lihat sahaja kebencian yang ditunjukkan mereka terhadap para pemimpin melayu yang tidak tunduk dan mengikut telunjuk mereka. Kepada pemimpin melayu yang tunduk dan ikut cakap mereka seperti PKR dan PAS, bukan main lagi bermanis muka. Aku tahulah, kamu semua bermanis muka sebab ada udang di sebalik batu. Kamu sengaja mempergunakan mereka untuk mencapai cita-cita kamu untuk memerintah. Walaupun tidak layak untuk jawatan PM, tetapi kamu boleh jadikan mereka semua sebagai kuda tunggangan kamu. Kamu ingat semua rakyat boleh ditipu macam kawan-kawan kamu itu semua.

Kamu tahu tak bahawa negara kita ini dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Tahu tak pasal apa namanya jadi begitu. Takkan kamu dah lupa sejarah kot. Itu tandanya bahawa negara kita ini, suatu ketika dahulu adalah Tanah air bagi orang Melayu dan kepunyaan raja-raja melayu. Kalau tidak disebabkan kejahatan dan kebatilan pihak British yang mensyaratkan bangsa yang berhijrah diambil menjadi warganegara sebagai pra syarat kemerdekaan tanah air kita ini, jangan harap bangsa kamu boleh menjadi warganegara. Aku tahu, kamu tak ajar anak-anak kamu untuk ketahui perkara ini. Apa yang kamu tanam dalam minda anak-anak kamu adalah berkenaan kegilaan orang melayu untuk menjadi tuan dan menganggap bangsa kamu sebagai hamba. Kamu juga mengajar bahawa negara ini milik semua dan semua rakyat sepatutnya mempunyai hak yang sama rata tetapi hak sama rata ini dinafikan oleh orang melayu. Kamu tidak ajar kenapa perkara ini terjadi. kamu tidak ajar bahawa ketidak samarata ini disebabkan keistimewaan yang telah diberikan kepada orang melayu semasa nak mencapai kemerdekaan dahulu sebagai balasan penerimaan bangsa kamu sebagai warganegara. Kamu tidak ajar anak-anak kamu bahawa pemimpin melayu sungguh adil memberikan pelbagai peluang dan keistimewaan sehingga ramai bangsa kamu yang hidup mewah dan kaya raya mengalahkan orang melayu. Kamu tak ajar perkara ini. Apa yang kamu ajar dan tanam dalam minda anak-anak kamu bahawa kamu adalah warganegara kelas ke dua atau ke tiga. orang melayu warganegara kelas pertama. Itu pasal anak-anak kamu menjadi sombong dan tidak mahu berkawan dengan orang melayu. Kamu sekolahkan anak-anak kamu ke sekolah jenis kebangsaan kamu supaya anak-anak kamu tidak di brain wash oleh guru-guru melayu.

Sekarang ini kamu tuduh orang yang baca Utusan Malaysia ( Lepas ni minta pemimpin melayu tukar menjadi Utusan Melayu)sebagai kurang tulen warganegaranya. Kamu tahu ke siapa yang baca Utusan Melayu ni. Orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia adalah Melayu derhaka. Kamu desak supaya lebih ramai orang melayu menjadi penderhaka. Kamu tahu tak bahawa Utusan Malaysia ini sebuah surat khabar yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Surat khabar inilah yang telah berjuang untuk mengangkat martabat orang melayu. Kalau tidak ada surat Khabar ini, macamana orang-orang melayu seperti aku yang tidak tahu berbahasa Inggeris ini hendak tahu segala perbuatan buruk kamu terhadap orang melayu. Oooo. kamu sengaja membuat supaya orang melayu benci kepada Utusan Malaysia dengan harapan medium komunikasi kerajaan kepada orang melayu berkenaan kegiatan buruk kamu dapat dikurangkan. Kamu juga mempengaruhi orang melayu supaya tidak menonton TV3, kerana kamu tahu TV3 selalu menyebarkan kegiatan kamu. Sungguh licik kamu semua. Namun aku hairan kenapa ada juga pemimpin melayu dan para pengikut mereka yang berjaya kamu tundukkan.

Kalau tidak ada Utusan Malaysia , bagaimana aku boleh tahu bahawa kamu tidak mahu berbincang dengan orang melayu di Pulau Pinang pasal Tanah Kubur orang Islam. Kepada NGO Islam tu, jangan lagi berbincang dengan mereka, kuburkan sahaja mana-mana orang Islam yang meninggal di tanah tu. Bila dah dikuburkan barulah mereka akan turun berbincang.Biar kasi gemapk sikit. Kalau tak ada Utusan Malaysia, bagaimana aku nak tahu kamu telah meroboh kedai orang Melayu dan mengambil alih tanah orang Melayu di Penang. Tanah orang India pun kamu sapu. Kamu ingat akhbar kamu akan siar ke perkara-perkara macam ni. Itulah taktik kamu. Kamu sengaja menimbulkan perasaan benci kepada akhbar utusan melayu supaya orang melayu yang tidak tahu bahasa inggeris dan bahasa cina macam aku ni buta maklumat. Bertapa liciknya tindakan kamu.

2 comments:

hingus said...

kalau mcm tu..apa kata tuan cadangkan kpd UMNO supaya tukarkan semula nama Malaysia ni kpd Tanah Melayu.

pasal utusan ini...laporannya agak keterlaluan dgn lentok provokasinya. tak salah nak pertahankan melayu..tetapi biarlah bertempat...

sbb tu utusan dah kurang pembacanya..termasuk yg membelinya.. utusan patut pikir kualiti berita yg hendak dikeluarkan. rakyat skrg dah ada mcm2 sumber berita..meraka akan bandingkan dgn "cerita" dari utusan. kebanyakkan bloger setempat (penang) pun ada sesuatu berita tersebut. laporan bloger tersebut lebih tepat berbanding laporan dari utusan...itu salah satu contoh. so dgn erti kata lain, rakyat boleh menilai mana berita betul yg betul dan mana cerita betul yg diubahsuai.

putrarahman said...

Mana boleh tukar kepada tanah melayu kerana sabah dan Sarawak bukan Tanah Melayu.

Berita yang disampaikan oleh Utusan tepat dan betul . Namun tajuk-tajuk yang digunakan oleh mereka yang kadang-kadang kurang sesuai. Cuma beri tajuk-tajuk yang lebihy bersifat neutral, aku percaya pembaca tidak pandang serong kepada Utusan. Dari segi nilai berita sehingga kini wartawan utusan masih menjaga nilai etika kewartawanan. Kalau tak, dah banyak saman Utusan kena.