SAHABAT BLOG

05 October 2010

Pemimpin Bermulut Celupar

Hari ni, macam biasa. Pagi-pagi lagi telah ada isu yang dibincangkan di dalam e-mail. Hari ini isu yang dibincangkan adalah berkenaan pemimpin yang mengeluarkan perkataan yang paling lunak tetapi hakikatnya menyakitkan hati sebahagian besar rakyat Malaysia. Peserta forum hari ini 3 orang.

-----Original Message-----
From:
Sent: Tuesday, October 05, 2010 1:03 PM
To:
Subject: RE: MULUT CELUPAR

Jangan kisah sangatlah tentang perangai,sikap dan amalan orang-orang berpolitik ni....PKR buat mcm ni sebab mereka berdemdam dengan Tun dan begitu juga kalau kita selalu dengar warta berita bila UMNO ada peluang mereka akan kutuk sesame mereka dan kita rakyat yang menyokong mereka2 semua yang kita pilih kena kutuk juga....depa yang main politik ni semuanya kotoq Cuma amalan dan ilmu2 yang mereka miliki yang ada dalam iman dan hati mereka je yang berbeza....ada yang secular sedar akan agama dan ada yang secular yang banyak ikut telunjuk musyirikin...dan ada juga yang banyak ilmu tentang agama tetapi mereka lalai....mereka boleh buat keputusan ikut Islam yang sebenarnya tetapi mereka tidak dapat hidayah untuk menyampaikan nya kepada masyarakat Islam dan bukan Islam....

Ikut seperti Nabi kita, Nabi Muhammed s.a.w.....orang buat jahat pada dia,khainat pada dia, dia tidak balas dengan kejahatan malah dia tolong doakan lagi supaya orang itu diberi petunjuk agar dia sedar....mana ada pemimpin politik kita macam ni sekarang, sebab tu depa jadi huru hara....




-----Original Message-----
From:
Sent: Tuesday, October 05, 2010 12:28 PM
To:
Subject: RE: MULUT CELUPAR

Yang ada masalah dengan Tun adalah Boss dia, bukannya dia. Lagipun bukan Tun yang sumbat boss dia ke dalam penjara, tetapi mahkamah.

Tu..yang lebam biji mata tu, bukan Tun juga yang duk buat. Kenapa pula Tun di persalahkan. Dakah disebabkan Tun PM, maka semua perkara Tun kena tanggung.

Kalau lagu tu, tidak adil namanya.



Kutuk mengutuk, kata mengata ni ni sebenarnya salah di sisi Islam. Namun demikian ianya seolah-olah telah menjadi asam garam di dalam budaya politik tempatan. Sehinggakan budak baru kenal politik pun sudah boleh kutuk pemimpin yang telah banyak berjasa. Siapa yang ngajar mereka.

Pesanlah kat anak-anak, jangalah bercita-cita hendak menajadis eorang ahli politik kerana walaupun kita buat baik dan ikhlas, tetapi masih ada yang kutuk juga kita.



________________________________


From:
Sent: Tuesday, October 05, 2010 12:04 PM
To:
Subject: RE: MULUT CELUPAR



dia marah sangat la... kat tun...pasai tun lah bos dia dok dalam peti besi...., lebam mata kanan(kiri daaa), sakit tengkok.



kalau nak komen pasai pemimpin....ada juga pemimpin negara dok kutuk pemimpin parti yg lain..

- tapi tak de isu...

cuma disebabkan tun ini dikelaskan sbg negarawan..maka...ramailah yg peka dgn isu ini...

contohnye yg dh lama - pemimpin Pahang dok tunjuk jari tengah kat org lain- tak dak isu pun dalam tv, berita hairan dll.......

itulah dinamakan politik...



________________________________


From:
Sent: Tuesday, October 05, 2010 11:55 AM
To:
Subject: MULUT CELUPAR

Salam

Apa pandangan tuan-tuan pasal ada pemimpin PKR yang celupar mengatakan Tun Mahathir tersungkur di Australia? Ada ke dia kata perkataan tersungkur itu paling lunak yang dia boleh gunakan untuk mengambarkan seorang negarawan yang sedang sakit.



Tidak sepatutnya beliau berkata sedemikian, Tun dah banyak berjasa kepada Negara. Walaupun banyak juga silapnya, tetapi jasanya lebih banyak lagi.

Saya tak setuju betullah dengan pemimpin PKR sedemikian.

No comments: