Pagi-pagi lagi ada seorang kawan kawan hantar e-mail pasal Judi Haram. Perbincangan menjadi semakin rancak. Beberapa e-mail terpilih, suka saya abadikan di dalam blog saya ini untuk tatapan generasi mendatang. Nama pengirim dan penerima dipadamkan sebagai menjaga privacy kawan-kawan.
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 12:32 PM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Jom mane2 pun bole....rujuk imam ganu kite...
-----Original Message-----
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Importance: High
Oleh kerana isu judi ni x abis2, nampaknye ana selaku Speker menangguhkan perbahasan berkaitan Judi tghr ni…
Perbahasan akan disambung 2.30ptg….err…program mkn tghr katne yer??
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 12:17 PM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Perlembagaan adalah merujuk kepada Lord Ried..............Suruhanjaya Ried ....maka kita kena faham kalau kita nak membincangkan hukum judi yang melibatkan agama Islam tidak ada kesesuian nya dari segi fahaman nya...umumnya semua kegiatan perjudian adalah haram bagi semua agama kerana semuanya mengundang bencana dan keruntuhan bangsa....sesuai ikut perlembagaan kalau umum dan kalau dari segi agama Islam tak sesuai kita bincangkan secara umum...
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 11:57 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Dalam konteks Malaysia,
Di dalam perlembagaan, seseorang itu dikatakan Melayu apabila beragama Islam. Jika dia bukan beragama Islam, maka dia bukan Melayu. Jadi tidak ada istilah Melayu Hindu, Melayu Kristian, ataupun Melayu Budha.
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 11:51 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Orang melayu kat malaya dulu2 zaman pun ramai hindu...mcm kat indon skrg...ramai org indon (dari rumpun melayu) yg agama hindu ....kalu gi kt bt caves pun ramai penganut hindu.
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 11:42 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Bila kita nak bncgkan tentang Melayu dan Islam kita jangan salah faham....sememangnya Melayu itu adalah keturunan, ana faham...berjudi bagi orang Islam memanglah haram tapi bagi orang Melayu tak haram....bukan nak hina Melayu....bila Melayu beragama Islam dia berjudi dia adalah fasik...kalau fasik selagi dia tidak tobat tak layak kita pnggil dia Melayu Islam tapi kita pnggil dia Melayu fasik....dan perlu diketahui banyak keturunan Melayu yang kristian....munafik dsb...kita menterjemahkan Melayu daripada Sejarah Melayu dan meletakkan seluruh keturunan Melayu itu adalah Islam...tu yang salah tuuu....
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 11:22 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Melayu tu bangsa, Islam tu agama.
Hukum haram berjudi dirujuk kepada agama dan bukannya bangsa. Oleh itu apabila merujuk kepada sesuatu hukum Islam, soal bangsa tidak timbul.
Oleh itu usahlah dihina Bangsa Melayu itu. Bukan bermakna Islam itu boleh dihina, tetapi macam saya katakana, hukum Islam itu hendaklah dirujuk kepada agama Islam dan bukannya bangsa keturunan.
-----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 11:16 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Pakai je istilah Melayu...tak layak pakai Islam pada orang yang berjudi ini...."Wahai org2 yang beriman, hendak lah kamu bertaqwa sebenar2nya taqwa dan janganlah kamu mati melainkan mati kamu adalah di dalam keaadaan Islam",,,,....bagaimana kalau orang yang memang hari2 melakukan perbuatan beunsur judi je dari pendapatan dan amalanya....tambahan pula dia tak pernah kerjakan solat....kalau dia solat seminggu sekali (eg g solat jumaat), maknanya dalam seminggu sekali je dia tobat...tapi kalau tiba2 ajalnya tengah minggu macam ne mati dia tu....nak harapkan ape orang mati begini..hanya Allah swt yang maha mengetahui akan segalanya ats kaki judi ini...kategori tobatnya pun kita tak tau cam ne... wa nau zubillah...
----Original Message-----
Sent: Monday, October 04, 2010 10:57 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Tak semua Orang Cina berjudi…Semua bangsa berjudi. Orang Islam pun ramai yang berjudi.
Sent: Monday, October 04, 2010 10:49 AM
Subject: RE: Duit Judi HARAM!
Salah tanggapan ni…Halal dan Haram untuk ISLAM ….kalau org Cina tu kafir…manalah lah tertakluk Halal dan Haram bagi org kafir…kalau duk fikir camni…org Cina takleh hidup kat atas muka bumi ni…ini RASIS….AKU ADA DARAH KETURUNAN Cina …..
Sent: Monday, October 04, 2010 10:24 AM
Subject: Duit Judi HARAM!
Importance: High
Satu – Jangan beli barang di kedai Cina kerana mungkin barangan di kedai itu dibeli oleh Cina itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Dua – Jangan naik teksi yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin teksi itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tiga – Jangan masuk pasaraya yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin Cina itu membayar sewa pasaraya itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Empat – Jangan hadiri rumah terbuka atau jamuan yang dibuat oleh Cina kerana mungkin makanan yang dihidang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lima – Jangan baiki kereta di woksyop Cina kerana mungkin peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Enam – Jangan isi minyak di stesen minyak milik orang Cina kerana mungkin bayaran minyak itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tujuh – Jangan makan buah rambutan yang diberi oleh orang Cina kerana mungkin dia membeli baja pokok rambutan itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lapan – Jangan bekerja dengan majikan Cina kerana boleh jadi dia membayar gaji dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sembilan – Jangan masuk ke rumah Cina kerana mungkin rumah itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sepuluh – Jangan berkahwin dengan anak dara Cina kerana mungkin bapanya berkahwin dengan ibunya menggunakan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sebelas – Jangan lalu di atas jalan di perkampungan orang Cina kerana mungkin jalan itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Dua Belas – Jangan guna broadband kerana mungkin biaya membangun teknologi broadband itu adalah daripada duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tiga Belas – Jangan makan ikan yang ditangkap oleh nelayan Cina kerana mungkin pukat yang diguna dibelli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Empat Belas – Jangan duduk dekat dengan orang Cina yang pakai minyak wangi takut tercium minyak wangi yang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lima Belas – Pulangkan balik baki belian barang di kedai Cina kerana mungkin duit baki yang dipulangkan itu adalah duit judi. Duit judi adalah HARAM.
No comments:
Post a Comment