SAHABAT BLOG

06 August 2009

Bukan Melayu Banyak Duit Lebih Labur dalam Saham Amanah

Sambutan yang menggalakkan oleh rakyat terutama oleh kaum-kaum bukan Melayu terhadap saham-saham amanah yang diperkenalkan oleh kerajaan memberi gambaran bahawa kaum-kaum bukan melayu mempunyai banyak duit simpanan. Aku tidak fikir mereka ingin mencari keuntungan dengan melabur dalam unit-unit Amanah kerana keuntunganj yang diberikan hanya sekitar 7 % setahun. Jika mereka ingin mencari keuntungan mereka akan melabur di dalam pelbagai bidang lain yang boleh memberikan keuntungan yang jauh berlipat kali ganda. Pekerjaan dan perusahaan sediaada mereka telah memberikan keuntungan yang lebih daripada cukup dan mampu menjana lebihan. Lebihan-lebihan inilah yang dilaburkan di dalam unit-unit amanah kerana memang terjamin 100% disamping keuntungan jauh lebih tinggi berbanding mereka simpan di dalam institusi Kewangan.

Berbeza dengan orang Melayu dan Bumiputera. Mereka tidak mempunyai lebihan duit untuk dilaburkan sebagai simpanan. Orang melayu khususnya masih lagi mencari-cari punca pendapatan untuk menampung keperluan hidup. Mereka masih lagi ingin mengandakan duit mereka walaupun pendapatan mereka telah berlebihan dari perbelanjaan, namun mereka masih lagi ingin mengandakan wang mereka supaya memperolehi pendapatan ayng jauh lebih tinggi. Selamanya orang melayu tidak pernah berhenti daripada menambah pendapatan. Pada mereka tidak pernah ada lebihan dalam pendapatan mereka kerana ada sahaja keperluan untuk berbelanja. Namun demikian, kita dapati sebanyak mana pendapatan yang diperolehi, perubahan dalam corak kehidupan orang melayu tidak jauh berbeza daripada sebelumnya.

Kesimpulannya, langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai amanah saham secara tidak langsung membantu kaum-kaum bukan Melayu menyimpan lebihan perbelanjaan mereka di tempat yang paling selamat disamping menikmati keuntungan yang besar berbanding institusi Kewangan. Diketika yang sama, kerajaan tahu bahawa kesedaran untuk melabur dikalangan orang Melayu kurang berbanding orang bukan Melayu.

No comments: