Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, aku mendapat satu ilham berhubung pengukuhan jenama PROTON. Sebagaimana kita semua sedia maklum Proton telah lama bertapak di Malaysia ini sejak tahun 1986 lagi. Sehingga kini Proton telah mengeluarkan pelbagai model kereta bermula dengan SAGA, ISWARA, TIARA, WIRA, WAJA, GENTU, SAVY, JUARA, PUTRA, SATRIA, dan ada lagi kot hinggakan susah nak ingat. Boleh dikatakan Proton begitu aktif mengeluarkan pelbagai bentuk model kereta. Tetapi, kenapa nama PROTON itu sendiri masih belum kukuh dan nama-nama model yang dikeluarkan itu seolah-olah berdiri dengan sendiri tanpa disandarkan kepada Proton?. Ini mengambarkan seolah-olah nama-nama itu adalah sebagai sesuatu yang terasing daripada Proton. Akibatnya nama, Proton itu kurang disebut dan ketinggalan. Ini akan menyebabkan proses pengukuhan jenama Proton tidak berjalan dengan lancar. Perkara ini berlainan dengan jenama-jenama kereta terkemuka seperti Nissan, Honda, Mercedes, Toyota dan sebagainya. Pengguna akan menyebut nama pengeluar dahulu, barulah diikuti dengan nama model. Contohnya, Honda CIVIC, Mercedes C200, Toyota Vios dan sebagainya. Kenapa perkara ini boleh berlaku.
Bagi tujuan mengukuhkan jenama Proton itu dalam pasaran, adalah perlu supaya setiap kali model Proton dikeluarkan, hendaklah dipastikan pengguna akan turut sama menyebut Proton dan diikuti dengan nama model. Contohnya apabila hendak menyebut WAJA, hendaklah disebut Proton Waja. Tetapi mungkin para pemilik atau orangramai lebih selesa untuk menyebut WAJA sahaja. Ini boleh diatasi apabila Proton memberikan Siri model-modelnya, bukannya bertindak mengeluarkan model-model baru. Saya percaya Protonlah paling banyak mengeluarkan model-model kereta dengan nama baru berbanding syarikat-syarikat lain. Ini sebenarnya merugikan Proton dalam pengukuhan jenama model yang dikeluarkan ataupun Proton itu sendiri.
Pengeluaran Model-model mengikut Siri di amalkan oleh kebanyakan pengeluar kereta ternama seperti Mercedes, Honda dan Toyota. Bagi Proton, sehingga kini belum ada lagi keretanya yang dikeluarkan dalam siri walaupun ada model yang menerima suntikan baru WAJA Campro. Penggunaan nombor siri boleh mengurangkan pengeluaran nama-nama baru kepada model-model kereta Proton. Makin kurang nama model yang dikeluarkan, maka makin senang orangramai ingat dan berkesan. Contohnya Proton Iswara boleh dinamakan dengan Proton SAGA 101, Nombor siri ini bolehlah dicipta mengikut kesesuaian. Jadi taklah orang kena ingat satu nama baru, tetapi Cuma ingat nombor siri kepada SAGA sahaja. Begitu juga dengan proton WAJA, walaupun bentuknya banyak perbezaan, tetapi oleh kerana dia dikeluarkan selepas WIRA, maka sesuai ianya dinama WIRA S321. Manakala bagi model-model aeroback, dicadangkan menggunakan satu Siri sahaja. Contohnya SATRIA S1, S2. S3 dan seterusnya.
Oleh kerana sekarang ini sudah banyak nama-nama yang diperkenalkan oleh Proton, adalah dicadangkan pihak pengurusan Proton memilih nama-nama yang popular untuk dikeluarkan dalam siri. Nama SAGA, WAJA sesuai digunakan bagi pengeluaran kereta-kereta sedan manakala SATRIA sesuai digunakan bagi pengeluaran kereta aeroback kerana nama-nama yang dicadangkan disini telah begitu melekat dalam diri pengguna dan rakyat Malaysia.
Adalah diharapkan apabila penggunaan siri-siri bagi jenama Proton, maka Proton akan bergerak lebih maju setapak lagi dalam proses pengukuhan nama kerana kita tahu bahawa apabila pengeluaran satu siri baru kepada jenama sedia ada bermakna ada perubahan baru atau suntikan baru diberikan kepada jenama tersebut. Contohnya WAJA menerima suntikan baru dan dinamakan WAJA Campro, tetapi bila SAGA baru dikeluarkan selepas berbelas tahun, minda pengguna masih lagi menyamakan dengan SAGA lama. Jadi sekarang ini terdapat dua SAGA dengan model yang berlainan di jalanraya dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna.

No comments:
Post a Comment