SAHABAT BLOG

05 September 2008

kERAJAAN bARU????

Adakah kita akan bertukar kerajaan pada 16 September 2008? Adakah tarikh 16 September 2008 akan menjadi tarikh keramat kepada para penyokong PKR, PAS dan DAP. Aku sebenarnya malas nak tulis pasal politik dalam blog aku ini. Tetapi perkara ini adalah sesuatu yang besar kesannya kepada Negara aku. Oleh itu mahu tidak mahu aku terpaksa menulis juga bagi kenangan anak cucu aku di masa akan datang.

Melompat Parti


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau akan membentuk kerajaan pad 16 September 2008. Kenyataan beliau ini diucapkan setelah parti pembangkang memperolehi sebanyak 82 kerusi di Parlimen dalam PRU12. Mereka memerlukan sebanyuak 30 buah kerusi lagi bagi membentuk kerajaan. 30 orang ini didakwa oleh DSAI datangnya daripada ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan melompat parti. Sebenarnya secara peribadi, aku tak setuju dan tidak pernah menyokong tindakan ahli parti yang melompat-lompat ni, kerana semasa pilihanraya mereka telah menggunakan seluruh jentera termasuk wang ringgit parti yang mereka wakili, tetapi bila tiba waktu kemenangan mereka hendak melompat atau bertukar parti lain. Adakah perbuatan ini satu perbuatan yang bermoral dan apa yang boleh kita gelar kepada mereka yang tidak mengenang jasa sebegini. Pada aku mudah saja, mereka-mereka yang melompat parti ini adalah pemimpin-pemimpin yang tidak ada pendirian dan pemimpin yang hanya sanggup untuk menikmati waktu senang manakala di waktu susah mereka akan cabut lari meninggalkan kawan-kawan mereka. Pemimpin sebegini tidak selayaknya dijadikan pemimpin. Oleh yang demikian mana-mana parti yang menerima mereka adalah sebenarnya parti yang dayus dan tidak sanggup untuk bersaing secara jantan tetapi berusaha secara betina untuk untuk menarik pemimpin-pemimpin yang tidak layak menjadi pemimpin ini dengan pelbagai janji dan sebagainya. Samalah seperti perempuan murahan yang berusaha menarik jantan-jantan untuk mendekati mereka dengan pelbagai wangian-wangian dan aksesori lain yang menarik perhatian.

Teguran Kepada Pemimpin

Ini adalah pandangan peribadi aku. Tidak bermakna pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar yang dilakukan oleh pemimpin mereka hanya terpaksa menerima bulat-bulat apa yang ditawarkan dan langsung tidak boleh menunjukkan bantahan dan tanda tidak setuju. Dalam Islam sendiri membenarkan pemimpin tertinggi ditegur. Namun teguran terhadap seorang pemimpin tertinggi tidak sama sepertimana menegur pemimpin-pemimpin bawahan. Teguran hendaklah dibuat secara berhemah dan sesulit mungkin. Namun demikian, ramai yang tidak praktikkan kaedah ini dan ada yang beranggapan bahawa menegur pemimpin tertinggi adalah sama sahaja seperti menegur pemimpin bawahan. Disebabkan fahaman yang silap ini, maka ramai yang hanya membiarkan pemimpin tertinggi mereka membuat silap kerana tidak berani menegur bimbang dikenakan tindakan. Memang sepatutnya mereka menerima tindakan kerana mereka melakukan kesalahan dalam kaedah menegur pemimpin tertinggi mereka. Semakin lama pemimpin tertinggi tidak ditegur, maka semakin bnerlarutan kesilapan dan kesalahan yang dikalukan mereka dan ahkirnya apabila sudah tidak dapat dibendung lagi, kehancuran akan menanti.

Bagi pemimpin yang tidak berani menegur kerana bimbang dikenakan tindakan ini, mereka akan sentiasa bermuka-muka sedangkan dalam hati mereka tidak pernah ada rasa sayang dan hormat kepada pemimpin mereka. Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang terkutuk kerana mereka telah menipu bukan sahaja pemimpin yang mencalonkan mereka tetapi mereka juga menipu rakyat yang memilih mereka. Oleh yang demikian, jika dikalangan pemimpin ini kelak ada yang akan dilantik sebagai pemimpin tertinggi Negara, maka tunggulah saat kehancuran Negara kita akibat daripada perbuatan mereka.

Tekanan Dirasai

Aku percaya ramai dikalangan ahli parlimen BN yang hanya bermuka-muka dan menunggu masa untuk mencari dahan baru kerana mereka merasakan bahawa parti BN sudah semakin goyah dan sudah tidak selamat. Aku tidak salahkan PM, tetapi aku dapat merasakan bahawa pemimpin-pemimpin bawahan beranggapan ada pihak-pihak disekeliling PM yang menjadi igauan kepada mereka untuk menyuarakan teguran dan pandangan. Betul ke ada pihak tersebut kerana PM beberapa kali menafikan beberapa kali akan hal ini. Pada aku sukar untuk membuktikan akan hal ini tetapi aku merasakan bahawa kesalahan sebenarnya adalah disebabkan kebodohan dan kedunguan para pemimpin BN kerana mereka tidak menggunakan kaedah yang betul untuk membuat teguran dan mengemukan pandangan. Oleh kerana kaedah yang digunakan tidak betul, maka jika ada yang berani membuat teguran, mereka akan ditekan dari pelbagai pihak. Ini memang sepatutnya mereka terima. Apabila ada pihak yang menerima tekanan bila membuat teguran, maka tidak ada lagi yang berani membuat teguran. Lama-kelamaan pemimpin-pemimpin bawahan akan merasa tekanan yang amat sangat kerana mereka sentiasa mesti menunjukkan tanda setuju atau ‘ yes men’ sedangkan dalam hati mereka tidak setuju. Apabila keadaan ini berlarutan mereka akan cuba melepasi tekanan tersebut dengan pelbagai jalan dan cara. Secara kebetulan selepas PRU12 dalam bulan Mac baru-baru ini, parti Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DSAI telah berjaya memenangi 82 buah kerusi dan kekurangan 30 buah kerusi lagi untuk membentuk majority mudah. DSAI telah nampak akan tekanan yang dirasai oleh para pemimpin BN dan kebanyakkan daripada mereka sedang berusaha untuk melepaskan tekanan tersebut. DSAI pun cepat-cepat mengambil peluang dengan menyatakan bahawa seramai 30 orang ahli parlimen BN akan melompat parti iaitu bilangan yang cukup-cukup untuk menubuhkan kerajaan. Persoalannya kenapa hanya 30 orang sahaja? Pada hakikatnya semasa pengumuman tersebut dibuat, tidak adapun ahli parlimen BN yang menyatakan persetujuan untuk melompat parti, tetapi sengaja diuar0uarkan oleh DSAI. Beliau meletakkan tarikah 16 September 2008 sebagai tarikh untuk menubuhkan kerajaan baru. Apabila tarikh sudah ditetapkan, maka ahli-ahli BN yang merasakan bahawa inilah peluang untuk mereka melepaskan tekanan dan beranggapan mereka dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat tanpa tekanan, merekapun menghubungi DSAI untuk menyatakan persetujuan untuk menyertai PR. Namun demikian, jumlah sebenar yang menyatakan persetujuan itu mungkin melebihi 30 orang ataupun tidak sampai 30 orang. Kalau mengikut kata-kata para pemimpin tertinggi BN, majlis lompat melompat ini hanyalah omong-omong kosong sahaja dan tidak akan berlaku. Ada dikalangan pemimpin BN yang mengumpulkan tandatangan menyata persetujuan tidak akan melompat parti dan sebagainya.
Kerajaan Baru??

Tarikh 16 September semakin hampir, adakah kita akan mendapat kerajan baru. Sukar bagi aku untuk membuat ramalan dan agakkan, namun demikian jika tidak benar, maka kutukan yang maha besar bakal diterima oleh DSAI dan Pak Lah akan semakin kukuh kedudukannya. Tetapi jika berlaku, kita akan lihat satu perubahan besar akan berlaku dlam senario pentadbiran Negara kerana dasar yang dibawa oleh PR amat berlainan sekali dengan dasar yang dibawa oleh BN. Perubahan besar ini ibarat banjir besar yang akan membersihkan segala kotoran dan Lumpur dan ianya akan kembali surut bila tiba masanya. Apabila segala kotoran dan Lumpur dibersihkan, maka rakyat akan kembali normal dan dapat berfikir dengan waras kembali. Aku percaya setelah banjir besar ataupun peralihan kuasa ini berlaku, parti BN akan hilang dari bumi Malaysia, kerana parti-parti gabungan mereka akan mencari haluan masing-masing. Selepas itulah kita akan lihat UMNO sebagai sebuah parti terbesar yang mewakili orang Melayu akan kembali berusaha untuk membentuk parti baru dan mencari ahli-ahli baru, mungkin akan berlaku beberapa perubahan kepada perlembagaan parti untuk menyesuaikan dengan rakan baru mereka. Aku percaya bahawa, usaha untuk menyatukan orang Melayu tidak pernah akan berakhir dan parti-parti orang Melayu akan kembali bertaut untuk meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia.

No comments: