SAHABAT BLOG

24 September 2008

kERAJAAN bARU II

Nampaknya kerajaan baru pada 16 September 2008 setakat ini tak jadi kenyataann lagi. Namun demikian aku masih yakin apa yang didakwa oleh DSAI bahawa ada MP BN yang hendak melompat parti tetapi keyakinan aku semakin lama semakin hilang disebab tempoh masa yang diambil oleh DSAI untuk mengambil alih kerajaan semakin berlarutan.

Tindakan DSAI untuk tidak mengumumkan senarai nama tersebut adalah satu langkah keselamatan. Ni aku percaya kerana jika diumumkan, mungkin keselamatan MP yang disebutkan itu tidak terjamin. Pelbagai tuduhan akan mereka hadapi dan yang paling senang untuk digunakan adalah ISA. Di masa yang sama juga keyakinan aku semakin hilang disebabkan MP yang berjanji hendak lompat itu aku andaikan semakin hilang keyakinan mereka kepada peralihan kuasa tersebut. Dan mungkin ada antara mereka yang sudah menyatakan desakan mereka kepada DSAI. Itu pasal DSAI ingin cepat-cepat diadakah sidang parlimen dan tak sempat-sempat nak tunggu parlimen bersidang pada 13 Oktober 2008. Dalam masa antara 16 September hingga 13 Oktober itu, pelbagai perkara boleh berlaku terhadap MP parlimen tersebut dan DSAI sendiri. Ini yang menjadi kebimbangan mereka.


Dalam soal ini, sekiranya PM tidak mahu memanggil sidang parlimen, maka kerajaan baru tidak boleh dibentuk. Tetapi diketika yang sama DSAI sebenarnya boleh meminta MP BN yang hendak lompat parti supaya membuat pengistiharan keluar daripada BN secara serentak dan secara otomatik mereka menjadi pembangkang, macam yang SAPP buat baru-baru ni. Mungkin amat luar biasa sekiranya 31 orang MP BN berkumpul disatu-satu tempat seperti di pejabat parti PKR. Untuk atasinya, MP BN yang hendak lompat parti itu,boleh buat secara individu ataupun secara kumpulan-kumpulan kecil, tetapi yang penting adalah serentak. Mereka hendaklah panggil sidang akhbar serentak dibeberapa tempat diseluruh Negara. Contohnya bagi MP di Sabah boleh buat sidang akhbar di Kota Kinabalu, manakala di Sarawak boleh buat sidang akhbar di Kucing dan begitu dengan yang lain-lainnya. Jika demikian berlakunya, maka secara otomatik BN adalah pembangkang dan Agong boleh menitahkan supaya siding parlimen tergempar diadakan segera. Kerajaan campuran akan terbentuk kerana parti PKR, PAS dan DAP tidak bergabung dalam satu parti. Jika kerajaan bergabung , mereka akan memilih DSAI yang jadi PM dan BN akan jadi pembangkang.

Ini kesimpulan aku sahaja. Kita tengok je apa yang akan berlaku. Demokrasi berlaku 4 atau 5 tahun sekali. Apa nak risau.

No comments: