SAHABAT BLOG

22 August 2008

tANAH tERBIAR sATU pEMBAZIRAN

1. Tanah terbiar merupakan satu pembaziran. Jika tanah-tanah yang terbiar itu diusahakan, saya percaya kemakmuran akan bertambah. Adalah malang bagi sesebuah Negara jika terlalu banyak bergantung harap kepada import makanan daripada Negara luar kerana pada bila-bila masa kita akan mengalami krisis makanan.

2. Makanan asas seperti beras terutamanya begitu penting kepada rakyat Negara kita ini. Penggunaan nasi sebagai makanan ruji telah diwarisi sejak nenek moyang dahulu kala lagi. Beras yang merupakan sumber utama nasi kebanyakannya diimport.

3. Bertapa malangnya bagi sesebuah Negara jika sekiranya makanan ruji rakyatnya dikuasai oleh Negara luar. Pada bila-bila masa Negara luar yang menjadi pembekal bekalan beras boleh mengenakan pelbagai sekatan dan ancaman bagi menghalang pengeksportan kepada Negara luar. Kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah dan Jalan yang terbaik untuk meningkatkan lagi penghasilan makanan ruji iaitu beras

4. Dalam perbincangan kali ini,saya ingin fokuskan kepada negeri Terengganu. Sebagaimana di ketahui bahawa negeriTerengganu adalah negeri yang diduduki oleh hampir 99% orang Melayu. Selain Kelantan dan Kedah, Terengganu merupakan negeri yang pernah di kuasain oleh Parti PAS. Jika kerajaan hendakkan cadangan, di sini di berikan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan dan cadangan ini khusus ditujukan kepada negeri Terengganu tanah tumpah darahku:-

a. Kerajaan negeri menubuhkan Jabatan Padi Negeri dengan pengambilan pekerja-pekerja tempatan dan diberikan jawatan tetap dan berpencen.

b. Jabatan Padi negeri ini ditugaskan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk penanaman padi samada padi huma, bukit atau padi sawah dengan menyewa tanah-tanah rakyat yang terbiar dengan kadar sewa yang berpatutan.

c. Jabatan Padi Negeri akan mengusahakan tanamam padi secara komersial dan menggunakan teknologi moden.

d. Padi atau beras hendaklah dijual dalam negeri dan dijadikan stok penimbal. Lebihan dieksport kepada negeri-negeri yang lain.

e. Secara tidak langsung kerajaan negeri telah menjadi sebuah negeri pengeluar padi utama Negara dan menjadi negeri pengeksport padi selain Kedah dan Selangor.

f. Bagi rakyat yang mengusahakan tanaman padi secara sendirian, mereka boleh memilih untuk memasarkan sendiri ataupun memasarkannya kepada pihak Jabatan Padi Negeri ataupun menyerahkan kepada Jabatan padi Negeri dan seterusnya menjadi peserta.

g. Harga Beras dikawal dan ditentukan oleh Jabatan Padi Negeri. Bermakna BERNAS perlu bersaing jika nak menjual beras dalam negeri Terengganu.


Perkara utama dalam cadangan ini yang perlu diberi perhatian ialah penubuhan Jabatan Padi Negeri bagi tujuan mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran di tanah-tanah pertanian yang semakin terbiar.

No comments: