SAHABAT BLOG

19 June 2008

UNTUK SAHABAT KU

Kesian aku mendengar luahan mun. Aku pun dapat bayang dan merasai penderitaan zahir dan bathin yang mun hadapi le ning. Dahlah Derus tak ada , dia orang buli-buli mun. Tak patut…tak patut.

Dalam soal pembahagian tugas tu…aku cadangkan mun tegas dan buat apa yang ada dalam senarai tugas yang diberikan kepada mun saja. Aku dapati mun diberi kerja-kerja Haji/Pentadbiran/Pemasaran/Kewangan. Huh!! banyak tuh….. Mana boleh begitu….. Aku cadangkan mun jumpa dan ‘Fight ‘ balik dan minta tugas Haji dan pemasaran sahaja. Yang lain-lain biarlah bos mun fikir sendiri. Kalau mun rasa tak mampu untuk melawan, lawan aje secara psikologi.

Pengurusan mesti memberikan Job Description kepada anggotanya atau pekerjanya. JD ini berperanan sebagai satu garis panduan kepada anggota untuk mengetahui apa kerja yang mereka buat. Ini dapat membantu supaya tidak ada anggota yang cuba menafikan kerja-kerja mereka. Anggota atau pekerja mesti mengutamakan kerja-kerja hakiki mereka terlebih dahulu sebelum membantu untuk melaksanakan kerja-kerja anggota lain. Anggota dipertanggungjawab terhadap kerja-kerja hakiki mereka. Jadi untuk itu, anggota mesti mempertahankan hak mereka untuk tidak membantu kerja-kerja yang bukan tersenarai dalam JD mereka jika mereka tidak mempunyai waktu untuk membantu.

Pengagihan tugas yang tidak adil boleh diadukan kepada pihak yang lebih tinggi . Ini dinamakan amalan buruh yang tidak adil. Kalau dingadu kepada pihak atasan, susah nak menjawab ni. Untuk itu, saya cadangkan supaya mun buat aduan dulu kat bos mun supaya mengambil tindakan dan senaraikan ketidak adilan yang dirasai oleh mun secara rasmi. Minta dia jawab dalam masa 14 hari. Jika dia tidak dapat jawab dalam masa yang ditentukan itu, mun panjangkan masalah mun kepada pihak Pengarah Negeri. Ada berani ka????

Kesian kat mun, aku faham mun cukup tensen sekarang ni. Mana nak fikirkan pasal belajar, mana nak fikir pasal nafkah bathin yang tak terurus, mana nak fikir pasal sakit deman anak-anak, mana nak fikir pasal kerja Lagi. Semuanya ini mneyebabkan mun berada dalam keadaan lemah dan mudah mengalah. Mun tidak ada kekuatan untuk berjuang dan bertahan. Dalam keadaan ini, sukar untuk membantu dan memberi kekuatan kepada mun kerana terdapatnyua faktor-faktor yang tidak mampu diubah. Namun demikian, cubalah bina kekuatan secara sedikit demi sedikit dengan cara yang terdaya. Orang lain pun mungkin mempunyai masalah yang mungkin lebih berat dari kita kerana setiap orang mempunyai masalah. Jangan ambil yang tidak pernah terlintas dihati kita untuk membuatnya.

Masalah sabotaj kerja tu, jika benar mun rasa ianya satu sabotaj, ngadu je kat bos secara bersurat supaya ia berekod. Mungkin hubungan mun dengan nasir akan terjejas, tetapi itu adalah lebih baik jika Jalan penyelesaian tidak dapat dicapai.

Yang penting focus terhadap kerja hakiki mun dan Jika ada kesempatan bantulah kerja-kerja anggota lain. Ini je nasihat aku kat mun.

Okey, bye-bye……

No comments: