Tidak salah menjadi sebuah kerajaan yang perihatin dengan masalah rakyat. Namun demikian adalah salah jika menjadi sebuah kerajaan yang sentiasa sahaja mengikut kehendak rakyat. Sebagaimana yang diketahui bahawa rakyat adalah manusia yang bebas untuk bercakap-cakap dan memperkatakan sesuatu tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang mereka katakan. Jika sekiranya seorang pemimpin itu terlalu mengkut kehendak rakyat, maka kerajaan yang dipimpinnya tidak mempunyai pendirian. Keputusan dasar sentiasa sahaja berubah mengikut kehendak rakyat. Jika rakyat tidak bersetuju terhadap sesuatu dasar, maka mereka akan mendesak kerajaan untuk merobah dasar berkenaan dan menuruti apa yang rakyat suarakan.
Rakyat berkata apa yang mereka hendak katakan. Tetapi berapa ramaikah bilangannya rakyat yang berkata-kata itu dan adakah mereka itu terdiri daripada cerdik pandai yang mengkaji dan meneliti setiap perkara sebelum berkata-kata. Sepatutnya, kerajaan bertindak mengikut apa yang disuarakan oleh wakil rakyat. Rakyat telah diberi peluang memilih wakil-wakil mereka untuk bersuara bagi pihak mereka. Melalui Persidangan Parlimen, suara-suara rakyat boleh dibahaskan melalui wakil masing-masing. Tetapi kenapa rakyat masih bercakap-cakap dimana-mana forum ataupun laman-laman blog dan sebagainya. Kenapakah mereka tidak menyuarakan apa jua pandangan mereka melalui wakil-wakil yang mereka pilih. Kenapa rakyat tidak membebankan wakil yang telah mereka pilih supaya menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan. Mungkinkah cara pengumpulan maklumat oleh wakil-wakil rakyat tidak bersesuaian ataupun wakil-wakil rakyat malas untuk mendengar keluhan daripada rakyat yang mereka wakili. Jika adalah wakil rakyat yang bersikap sedemikian, beliau sebenarnya telah memungkiri janji dan amanah ayng telah diberikan kepada beliau.
Bagi pihak kerajaan pulak, kalau terlalu mengikut kehendak rakyat, maka mereka menjadi sebuah kerajaan yang tiada pendirian. Dasar-dasar yang dibuat dan diwujudkan tidak dipercayai rakyat, kerana rakyat tahu bahawa ianya boleh berubah bila-bila masa. Apabila keadaan sebegini berlaku, maka para pelabur asing akan ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam Negara kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan yang terlalu mendengar kehendak rakyat.
Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan hendaklah sentiasa memastikan segala dasar yang dibuat adalah untuk kepentingan rakyat dan Negara. Tetapi sila pastikan sebelum sesuatu dasar itu diluluskan , ianya hendaklah terlebih dahulu melalui penapisan yang teliti, supaya aspek kepentingan rakyat dan Negara telah diteliti dan diambilkira semuanya. Bila semua perkara telah diambilkira barulah sesuatu keputusan dasar itu dibuat. Keputusan yang dibuat hendaklah dipegang dengan sesungguhnya dan tidak sepatutnya goyah dipertengahan. Jika masih ada suara-suara rakyat mempertikai sesuatu keputusan dasar yang dibuat, ianya hendaklah disuarakan melalui wakil-wakil mereka untuk disalurkan kepada kerajaan. Wakil-wakil rakyat boleh bila-bila masa menyatakan sesuatu kepada kerajan dan bukan hanya tunggu persidangan parlimen diadakan barulah nak bersuara.
Menjadi kerajaan rakyat memang sukar jika tidak kena gayanya. Ini kerana rakyat mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan. Pendapat dan pandangan datang daripada pelbagai pihak, samada parti politik, badan-badang kerajaan, kesatuan-kesatuan dan sebagainya. Jika kerajaan hendak melayani segala karenah yang ditimbulkan,. Maka jadilah kerajaan yang ada itu sebuah kerajaan yang carca marba dan tidak berpendirian. Jika kerajaan sudah tidak ada pendirian, maka adalah sesuatu yang penting untuk mencari satu titik perubahan baru. Antara yang paling penting adalah menukar pucuk pimpinan parti yang memerintah ataupun mengambil langkah yang drastik, menukar kerajaan yang memerintah kepada sebuah kerajaan baru jika sekiranya kerajaan sedia ada tidak mampu untuk membuat perubahan. Walaumacamana sekalipun perubahan perlu dan teramat-amat perlu untuk dilakukan kerana pada dasarnya jika sebuah kerajaan tidak dapat menguasai rakyatnya, maka ianya adalah sebuah kerajaan yang lemah. Pemimpin yang memimpin sebuah kerajaan yang lemah jika tidak diganti, maka seluruh rakyat adalah perlu menanggung kekesalan yang berpanjangan.
Sekian.
Penginapan 4 bilik Tidur 2 bilik air dan 3 buah alat hawa dingin. Hubungi Hj. Sukri (0192120509) & Pn. Fatimah (01111491054) www.wasap.my/+60192120509/Assalam untuk tempahan.
SAHABAT BLOG
16 June 2008
KERAJAAN RAKYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment