SAHABAT BLOG

02 June 2008

HARGA MINYAK AKAN NAIK?

Sekarang ini seluruh dunia sedang sibuk membincangkan pasal harga minyak yang semakin naik. Aku tidak tahu pasal apa harga minyak ini makin naik, adakah pasal bekalan makin berkurangan ataupun ada pihak yang sengaja memanipulasi harga minyak ini ataupun bekalan yang tidak dapat menampung permintaan yang semakin bertambah dari masa ke semasa. semuanya ini angkara manusia belaka. Kalau bekalan kurang, kita tambah bekalan, kalau ada pihak yang memanipulasi harga minyak, kita tak payah perdagangkan harga minyak, dan kalau penggunaan melebihi pasaran, kita kurangkan penggunaan.



Daripada ketiga-tiga kesimpulan di atas, saya lebih tertarik untuk memperkatakan berkenaan pengurangan penggunaan minyak. Apabuila semakin bertambah kenderaan di jalanan, maka makin banyaklah penggunaan bahan bakar. Apabila penggunaan bahan bakar banyak, maka makin banyaklah kerajaan terpaksaan membelanjakan duit untuk subsidi. Di samping itu juga kesan kepada pencemaran alam sekitar usah ceritalah. Oleh yang demikian, kenapa kita tidak wujudkan pelbagai peraturan dan akta dalam penggunaan kenderaan supaya orang ramai tidak begitu gelojoh dan tamak untuk memiliki kenderaan. Ini tidak, makin ramai orang menggunakan kenderaan kerana harga kenderaan makin mampu untuk dimiliki.



pelbagai peraturan boleh digunakan bagi menyekat penggunaan kenderaan yang semakin berleluasa di negara kita ini.

i.Pertama ini, penggunaan kenderaan persendirian dihadkan kepada yang berusia 20 tahun sahaja. Mana-mana kenderaan yang berusia lebih daripada itu hendaklah dilupuskan.



ii.Setiap seorang hanya dibenarkan memiliki dua buah kenderaan sahaja, dan jika hendak memiliki lebih daripada itu perlukan mendapatkan kelulusan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kewangan dan Sanggup bayar minyak tanpa subsidi. Umur hendaklah 21 tahun ke atas.



iii. Hadkan kemasukan kenderaan ke dalam bandar Kuala Lumpur. Bagi kenderaan luar yang hendak masuk ke dalam Kuala Lumpur dikenakan bayaran Rm10.00 bagi sebuah kenderaan. Langkah ini boleh menggalakkan penggunaan kenderaan awam dan bioleh mengurangkan kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur yang menggila sekarang ini.



iv. Galakkan penggunaan basikal dan motorsikal. Jual minyak motorsikal lebih murah daripada minyak kereta.

v. Kenakan cukai minyak petrol atau diesel kepada rakyat yang berpendapatan RM50,000.00 setahun dan dikutip oleh LHDN. Duit yang dikutip itu disalurkan untuk membantu mengurangkan subsidi minyak dan jangan digunakan untuk tujuan lain. Kalau cukai minyak ini dikenakan, maka barulah adil kepada rakyat. kalau dikenakan cukai 1% setahun adalah lebih berbalui berbanding dinaikkan harga minyak.




Apabila peraturan-peraturan yang dicadangkan ini dipraktikkan, diharapkan penggunaan minyak akan berkurangan. Apabila minyak kurang digunakan, maka subsidi pun berkurangan. Apabila subsidi berkurangan, maka minyak tak perlulah dinaikkan, tetapi boleh diturunkan.



Orangramai pasti tidak setuju jika minyak dinaikkan harga kerana hendak mengurangkan subsidi kerajaan, sedangkan dimasa yang sama masih ada lagi projek-projek kerajaan yang tidak memberi manafaat kepada semua rakyat. Jika minyak dinaikkan harga , sudah pasti barang-barang lain yang sememangnya sudah menaikkan harga akan menaikkan harga. Jika begini keadaannya, mana mampu rakyat bertahan.

No comments: