SAHABAT BLOG

13 February 2014

Kedua-dua pihak bersalah. FAM Tidak Adil Dalam Isu Terowong.

Dalam isu bersumpah dengan Al Quran oleh pasukan bolasepak T-Team dibuat bagi memberitahu bahawa apa yang mereka dakwa adalah benar. Walaupun secara peribadi aku tidak berapa setuju dengan perbuatan ini,. tetapi ianya membuktikan bahawa dakwaan T-Team adalah benar.

Isunya sekarang ini adakah keputusan menarik diri itu dibenarkan oleh peraturan FAM dan adakah pasukan T-Team telah mengikuti procedure penarikan diri. Aku percaya FAM sudah tentu mempunyai SOP mereka sendiri bagaimanakah langkah-langkah untuk menarik diri dari sesuatu perlawanan. Kalau procedure itu ada, kenapakah pengurusan T-Team tidak ikut kenapa ikut emosi dan tidak profesional, masih ikut budaya kampungan. Di mana pengurus T-Team pada masa itu dan kenapa kampungan sangat ni? Liga Jenagor bolehlah, ini liga profesional boh....

FAM pun satu, adakah FAM  menyiasat kejadian pukul itu, kenapa hanya menyiasat adakah tindakan T-Team menarik diri itu ikut procedure atau tidak. Kalau FAM menyiasat, aku percaya bahawa kesalahan memukul itu dapat dibuktikan. Maknanya kedua-dua pihak didapati bersalah. T-Team bersalah kerana tidak ikut procedure, manakala JDT juga bersalah kerana memukul pemain T-Team. 

Jika kedua-dua pihak bersalah bermakna kedua-dua pasukan patut menerima hukuman tetapi sebaliknya berlaku dimana hanya T-Team sahaja yang dihukum, manakala JDT pula terlepas. Ini membuktikan bahawa  FAM telah berlaku tidak adil dalam isu ini. 


2 comments:

Anonymous said...

Ada 2 isu disini.

1. Tarik diri dari meneruskan permainan.
2. Memukul pemain lawan.

Mesti ada siasatan. Isu yg pertama sudah dibuktikan dan FAM telah mengambil tindakan mengikut peraturan.

Isu yg kedua hanya polis sahaja boleh menyiasat kerana ianya bukan berlaku dalam padang.

Jadi keputusan FAM adil setakat ini. Untuk mengambi tindakan terhadap JDT bergantung kepada siasatan polis.

putrarahman said...

Pihak polis telah selesai siasatan dan telah menyerahkan hasil siasatan kepada [ejabat peguam negara untuk tindakan seterusnya.Seramai 20 orang saksi termasuk Tengku Mahkota Johor telah dipanggil untuk diambil keterangan. Kita tunggu apa tindakan pejabat peguam negara. Isunya, kalau individu yang terlibat itu melibatkan orang kenamaan, adakah pihak pejabat peguam negara akan mengambil tindakan mendakwa???? Kita tunggu dan lihat.