SAHABAT BLOG

16 November 2013

Yang Kurang Cerdik Terima, Yang Cerdik Tolak

Aku bukannya nak merendah-rendahkan pemimpin PAS yang sorang ni. Beliau cukup banyak pengalaman tetapi kurang cerdik sikit je. Itu pasal dia sangat mudah ditipu oleh DAP. Inilah yang menyebabkan PAS sehingga kini masih lagi bernaung di bawah naungan DAP kerana para pemimpin mereka yang bertaraf Naib Presiden ini kurang cerdik sikit dan sangat kuat main politik.  

Memang mereka ni kurang cerdik tapi pandai cakap. Cakapnya memang boleh memanaskan telinga. Lain yang disoal, lain yang dijawab. Ada ke patut bila di tanya pasal Syiah, pemimpin PAS yang bertaraf Naib Presiden ni boleh tanya adakah Syaih tu sejenis makanan. Tak sakit hati ke kalau macam ni punya jawapan. 

Dalam isu Karpal Singh yang meminta semua parti dan pertubuhan yang berasaskan agama dan kaum dibatalkan pendaftarannya, pemimpin ini boleh pulak menerima penjelasan dari Karpal Singh. Sebelum itu beberapa pemimpin PAS yang cerdik pun membidas Karpal Singh, tetapi pemimpin yang sorang ni masih lagi mahukan penjelasan dari Karpal. Yang cerdik fikir, kalau perkara dah jelas, buat apa minta penjelasan lagi. Bidas terus sahajalah. Orang yang kurang cerdik sahaja hanya minta penjelasan bagi perkara dah jelas. 

Kalau nak baca kenyataan pemimpin yang kurang cerdik tu, bolehlah kelebek dan selak-selak Malaysiakini atau Harakah, tapi kalau nak baca pemimpin PAS yang cerdik punya pandangan boleh baca di bawah ni. Aku bukannya masuk campur dalam hal ehwal politik parti PAS kerana aku bukannya ahli parti, cuma aku berpendapat selagi ada pemimpin PAS yang kurang cerdik dan kuat berpolitik macam ni, maka selagi itulah PAS akan bernaung di bawah naungan DAP. 

Raja Ahmad Iskandar
IPOH 15 Nov. - Pas hari ini mendakwa mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas.

"Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan," kata Raja Ahmad Iskandar dalam sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.

Pendedahan Ketua Pemuda Pas Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.

Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.

''Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.

''Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang," katanya



© Utusan Melayu (M) Bhd 





No comments: