Setelah sekian lama mereka menyerang parti politik melayu sekarang mereka cuba mencari siapakah di belakang [arti politik melayu ini yang dianggap sebagai 'hulubalang gelap' yang sentiasa menjadi pejuang barisan hadapan. Mereka berpendapat bahawa jika hendak memusnahkan parti politi melayu ini, maka 'hulubalang gelap' ataupun benteng pertahanan barisan hadapan hendaklah dikenalpasti dan diselidik sehingga ke akar umbi.
Bagi membuahkan hasil kepada usaha pencarian mereka, mereka sanggup untuk mengupah pakar asing untuk membuat kajian terhadap kumpulan 'hulubalang gelap' ini. Apabila kajian ini selesai, apa yang didedahkan oleh media-media musuh UMNO sudah tentu imej-imej buruk kumpulan hulubalang ini. Dalam usaha hendak memburukkan parti politik melayu ini, ada pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Inilah yang berlaku kepada pertubuhan PEKIDA. Pihak pengkaji ini menyamakan kumpulan PEKIDA dengan Tiga Line. Setahu aku Pekida adalah pertubuhan yang sah berdaftar, manakala Tiga Line adalah pertubuhan haram tidak berdaftar. Adalah satu perbuatan zalim dan tidak adil terhadap PEKIDA jika sekiranya Tiga Line ini dikatakan entiti yang sama dengan Pekida. Kalau anggota Tiga Line itu juga anggota Pekida, ianya satu kebetulan. Begitu juga, andaikata anggota kumpulan gangster India juga menganggotaiu pemuda MIC, bolehkah dilaporkan Geng 08 ATAU pemuda MIC bla..bla..bla.bla...
Baca laporan di bawah untuk lanjut yang dipetik dari Malaysiakini. PihakMalaysiakini menggunakan perkataan ATAU bagi merujuk Pekida dan Tiga Line. Maksudnya Pekida dan Tiga Line itu adalah entiti yang sama pada pandangan Malaysiakini. Isunya,betulke PEKIDA dan Tiga Line tu entiti yang sama??
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.
Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).
Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.
Pekida, menurut kajian Sophie, adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.
Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
Lemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .
Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.
'Kuasa dan wang jadi pendorong '
Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.
Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.
Lemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan
adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik.
Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.
Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa, tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.
Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.
Kertas kerjanya yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.
Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia di Universiti Nasional Singapura. Laporan tambahan
Penafian kaitan Pekida dengan Tiga Line

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Jamaludin Yusof menegaskan dua kumpulan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini iaitu Tiga Line dan Geng 30 tidak mempunyai kaitan dengan mereka.
Jamaluddin berkata, Pekida merupakan sebuah pertubuhan yang sah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sejak 1983.
"Mengatakan Tiga Line dan Geng 30 mempunyai kaitan dengan Pekida sama sekali tidak benar. Lanjutnya dihttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekida-sahkan-tiada-kaitan-dengan-tiga-line-dan-geng-30
No comments:
Post a Comment