SAHABAT BLOG

07 April 2013

"UMNO Tolak Islam" - Panggil Je Nik Aziz Untuk Penjelasan.


Di bawah ini adalah kata-kata ataupun fatwa yang diucapkan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.


"Islam mari (datang) daripada Allah SWT, bukan mari daripada Nabi Muhammad SAW, bukan mari dari Kelantan, mari daripada Allah.

"Demo (UMNO) tolak Islam. Bila tolak Islam, erti dia tolak Allah, tolak Jibril, tolak Nabi Muhammad SAW, tolak Al-Quran. Kalau tolak Islam mesti automatik tolak Nabi, tolak Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pawah Rusa negeri di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.

UMNO tolak islam? Aku pun tak faham, tang mananya UMNO itu dikatakan menolak Islam. Setahu aku, UMNO ini sebuah parti yang diwujudkan oleh orang melayu Islam. Pemimpinnya pun orang Islam. Malahan pengasas PAS sendiri pun pernah menjadi ahli UMNO. Jadi aku tak faham, dari segi mana Nik Aziz boleh kata UMNO ni tolak Islam. 

Kalaulah disebabkan UMNO ini tidak memasukkan Hukum Hudud di dalam perlembagaan mereka, tetapi pada masa yang sama banyak lagi perkara-perkara dan tuntutan-tuntutan  Islam diperjuangkan oleh UMNO. Lagipun Haji Hadi kata hukum Hudud itu hanyalah 0.001 peratus sahaja daripada Islam. Apabila Nabi Muhammad S.A.W. ditanya oleh Malaikat Jibril apa itu Islam, Nabi S.A.W. menjelaskan islam itu ialah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Mendirikan Sembahyang, Berpuasa di Bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat dan Mengerjakan Fardhu haji. Tidak ada pula Nabi S.A.W. mengatakan hukum hudud itu adalah merupakan makna kepada Islam. UMNO ataupun lebih tepat lagi orang UMNO juga adalah mereka yang melaksanakan 5 perkara yang dikatakan Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa ditanya oleh Jibril. Bagaimana mungkin boleh difatwakan UMNO itu menolak Islam.

Kenapa sebenarnya Nik Aziz ini masih mengatakan UMNO tolak Islam. Ada beberapa kemungkinan akan tetapi aku tidak berani untuk membuat andaian kerana jika tidak tepat,  berdosa pulak aku dengan Nik Aziz. 

Namun demikian, ada sesetengah orang itu yang apabila telah sampai ke satu tahap, mereka ini sangat rajin untuk membaca kitab dan buku-buku ugama. Mereka ini membaca buku itu tanpa merujuk kepada alim ulama atau mereka yang lebih tinggi ilmunya dalam satu-satu bidang ugama. Islam ini banyak cabangnya seperti syariah, usul fikh, syariah, usuludin , dan berbagai lagi. Setiap bidang itu ada ahli atau pakarnya.

Ada sesetengah ustaz atau ahli agama kita ni yang mengajar orangramai seolah-olah mereka  itu pakar dalam serba serbi. Darimana mereka ini semua ini mendapat ilmu mereka, sudah tentu daripada pembacaan buku-buku dan kitab-kitab semata-mata. Jadi siapa guru mereka? Adakah kitab yang mereka baca itu guru mereka? Bolehlah kitab itu memberikan penerangan jelas sepertimana maksud sebenar yang dimaksudkan oleh penulis kitab. Adakah memadai dengan membaca kitab-kitab sudah boleh mereka mengeluarkan fatwa. Tidakkah nanti ajaran dan fatwa mereka itu boleh mengelirukan umat Islam. Ayah Pin pun aku percaya membaca kitab. Dia pun mengeluar pendapat sendiri berdasarkan pemahaman beliau terhadap kitab-kitab yang dibacanya. Kita apa yang dibacanya, tak tahulah. 

Dalam isu UMNO tolak Islam ini, aku fikir sudah sampai masanya pihak berkuasa agama  untuk memanggil Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Beliau tidak boleh dibiarkan kerana sudah banyak kali beliau ini didapati mengeluarkan pendapat dan fatwa yang mengelirukan terutama terhadap UMNO. Pihak berkuasa hendak menyiasat kitab mana yang menjadi sumber rujukan Nik Aziz kerana aku percaya sudah tentu ada kitab dan sumber yang menjadi sumber rujukan Nik Aziz untuk mengeluarkan fatwa dan pendapat sedemikian. Isunya beranikah pihak kerajaan memanggil dan menahan Nik Aziz? Kalau Nik Aziz ni bukan ahli politik, aku percaya sudah lama beliau dipanggil dan ditahan sepertimana yang berlaku kepada pemimpin Al Arqam suatu ketika dahulu.

No comments: