SAHABAT BLOG

02 April 2013

Kebiadapan Pemimpin PAS Terserlah... Jom Pakat Tolak PAS.



Memang biadap dan memang jahat bila pemimpin PAS menggunakan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai perumpamaan yang hina dina bagi maksud untuk menghentam musuh mereka.

Jika hendak membuat perumpamaan bagi megambarkan kelakuan musuh, banyak lagi tokoh-tokoh ulama hebat lain yang boleh digunakan sebagai perumpamaan seperti 4 sahabat Nabi, 4 Imam Ahli Sunnah dan sebagainya.  Aku bukan cadangkan kepada mereka yang berakhlak, tetapi kepada pemimpin PAS yang rendah akhlak dan jahat.

Macamana kalau mereka menggunakan ulama hebat Tok Kenali sebagai perumpamaan. Kita boleh pakat tengok, Bob Lokman mengamuk atau tidak. Ini Nabi Muhammad S.A.W. Nabi seluruh alam. Sudah tentu umat baginda akan marah bila Nama baginda digunakan sebagai perumpamaan yang hina dina bagi maksud menghentam musuh.

PAS ni sebenarnya telah buta akal dan buta akhlak dek kerana dendam pada UMNO. Walaupun ini hanya perumpamaan yang aku percaya tidak ada niat untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W. tetapi perbuatan ini adalah satu perbuatan biadap dan seburuk-buruk perangai. Pemimpin ini patut bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh orang Islam dalam dunia ini samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Kalau macam nilah punya perangai, jika Imam Shafiee itu menjadi calon UMNO, aku percaya puak-puak PAS ini pun akan hentam dan menuduh beliau itu kapir...Pada mereka Nik Aziz dan Haji Hadi itu lebih mulia dari Imam Shafiee. 

No comments: