SAHABAT BLOG

13 March 2013

PRU13- Berita Sedih Untuk Pakatan Rakyat

Aku tak tahulah mana asas yang diambil oleh Ketua Penerangan UMNO ini untuk membuat andaian sebegini, tetapi sebagai seorang pemimpin sudah tentu beliau mempunyai asas untuk berkata sedemikian. 160 kerusi Parlimen yang bakal dimenangi oleh BN dalam PRU13 nanti adalah jumlah yang cukup selesa dan inilah yang dicari-cari oleh BN selama 5 tahun ini. Berita ini sudah tentu akan membuatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat merasa cukup sedih kerana impian mereka untuk ke Putrajaya yang dinanyikan siang malam, akan musnah.

Aku secara peribadi bersetuju dengan Ahmad Maslam bahawa BN akan menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 nanti tetapi mungkin akan berkurang undi popular. Maksudnya walaupun menang, tetapi majoriti yang diperolehi bakal merosot. Kebanyakkan tempat akan melihat majoriti di bawah 1,000 dan mungkin akan ada kawasan-kawasan yang majoriti di bawah 10 undi.

Memang benar sekarang ini kita lihat pola sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat, tetapi peningkatan ini hanya mampu untuk mengurangkan majoriti sahaja tetapi tidak mampu untuk memenangi kerusi.


AHMAD MASLAN YAKIN BN MENANG 160 KERUSI PRU13

JOHOR BAHARU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.

“Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP.”

“Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.

Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.

“Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.

“Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12),” katanya.

Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan “cah keting” atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.

Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.

Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.

Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.

Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.

“Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

bukan 160 tetapi 200

putrarahman said...

kalau 200 seat, kesian pada PR.

Anonymous said...

Aku pun rasa macam tu...aku setuju dgn pandangan Ahmad Maslan..

Sebab tu di Selangor , MB dah kecut perut. Sibuk nak memfitnah SPR kata jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk...

Nanti kalau kalah, boleh salahkan SPR dan boleh buat demo besar besaran kata SPR rasuah/tak bersih dan macam macam lagi...

Percayalah!!! ini akan berlaku bila mereka kalah nanti...!!!
Skrip dah dibuat dari sekarang..

Tanda tanda kejatuhan Selangor, Kedah dan kelantan sangat ketara..

3 negeri ni akan kembali kepada BN...confirm!!!!

putrarahman said...

Wah, konfiden betul Anon 12:45. Ini yang patut ada dalam diri penyokong BN. Perang psykologi mesti kena menang.