Sudahlah datang menceroboh macam orang tak bertamadun, sekarang ini sedang sibuk membuat cerita yang bukan-bukan pasal Malaysia. Memang dasar orang Sulu (yang menceroboh dan yang menyokong) tidak bertamadun. Mereka hanya tahu bergaduh dan berperang sahaja. Datang ke negara orang macam nak merompak dan menyamun.
Sekarang ini ada pula rakyat Malaysia yang menyokong mereka. Memang bodoh dan bangang sesiapa yang menyokong penganas Sulu ni.
Ini bekas KM Sabah pun bodoh semacam. Boleh pulak dia meminta kerajaan Malayia menghentikan operasi memburu penganas Sulu. Ini semua akibat termakan fitnah daripada akhbar Filipina dan juga cerita-cerita pemimpin masyarakat Sulu yang bersubahat dengan penganas Sulu.
Berapa ramai orang Suluk yang ada di Semporna dan Lahad Datu. Kenapa mereka menyokong tindakan pasukan keselamatan menentang penganas Sulu dan kenapa dokumen pengenalan mereka tidak di koyak dan kenapa mereka tidak disuruh berlari dan ditembak, kenapa mereka tidak ditahan?
Aku tak mahu cakap banyak, apa sahaja tindakan yang diambil oleh pihak keselamatan negara aku sokong kerana aku percaya pihak keselamatan negara adalah manusia-manusia yang bertamadun dan tahu undang-undang. Bukannya seperti penganas Sulu yang tidak bertamadun dan berperangai seperti binatang yang sanggup menyeksa jenazah para syuhada.
Bekas KM dakwa polis musnah dokumen orang Suluk
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.
Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.
"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.
2 comments:
pengganas Sulu ni ada persamaan nya dengan gerila Vietcong yang melawan Amerika di Vietnam dulu.
perwatakan, paras rupa dan pertutran mereka sama dengan penduduk2 tempatan. paling malang kebanyakan mereka sudah memiliki IC yang sah.
jika mereka sorokkan senjata dan berpakaian biasa, samalah seperti "mencari sebatang jarum di dalam timbunan jerami".
tidak lah semudah seperti dikatakan untuk menghapuskan pengganas sulu ini.
'sendiri dah tebang, sendiri kena pikul'
sendiri dah tebang, sendiri kena pikul'
BILA DAH JADI LADANG MENGELUARKAN HASIL RAMAI PULA YG MENGHIDAM
BAK KATA OS BILA MUSIM DURIAN RAMAI SAUDARA MARA
BILA MENEBAS SEORANG TAK NAMPAK MUKA.
Post a Comment