Siapakah yang terpengaruh kepada sumpah PI Bala?
PI Bala bersumpah menggunakan kita Hindu dan bukannya AL Quran. Memanglah PI Bala takkan menggunakan Al Quran kerana dia bukan penganut Islam. Jadi apa masalahnya dengan sumpah PI Bala yang menggunakan Kita Suci Hindu.
Susah juga hendak membuat huraian dalam hal ini. Sebagai seorang penganut Islam, sudah tentu Kitab yang paling suci ialah Al Quran. Itu bagi penganut Islam. Bagi penganut agama lain mereka juga mempunyai Kita Suci agama mereka masing-masing.
Bagi penganut Hindu sudah tentu mereka akan terpengaruh kerana mereka sendiri yang tahu kesucian yang bagaimana dengan kitab Mereka itu. Bagi penganut Islam, adalah mereka juga akan terpengaruh?
Samalah sumpah yang menggunakan Al Quran oleh Datuk T. Ada orang agama lain heran? Takdenya mereka nak kesah. Buktinya AI masih dipuja-puja.
Jadi kesimpulannya sumpah PI Bala hanya valid untuk penganut Hindu semata-mata dan jika ada orang Islam yang terpengaruh dengan sumpah PI Bala dengan berhujah PI Bala telah bersumpah menggunakan Kitab Suci Hindu, maka taraf mereka samalah seperti penganut agama Hindu.
PI Bala bakal muncul di pentas SAMM
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata penyiasat persendirian P Balasubramanian akan ditampilkan di pentas program anjuran NGO tersebut di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada malam ini.
“Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara soal jawab satu sama satu dengan seorang moderator. Majlis keseluruhanya akan dipengerusikan oleh aktivis Mahasiswa, Khalid Ismath,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Balasubramaniam yang kembali ke Malaysia pada Ahad lalu berikrar untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Deepak Jaikishan – ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penyediaan pengakuan berkanunnya yang kedua.
Sebaik tiba di KLIA, Balasubramaniam yang mengalirkan air mata turut menyatakan sumpah sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.
“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.
SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.
Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.
Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.
Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

1 comment:
Maha suci Tuhanku, yang menjadikan lidah, kata kata dan tulisan pena manusia sebagai benteng untuk mereka tutupi perkara sebenar yang mereka yakini berada dalam hati mereka,lalu berbedalah ungkapan hati dari lidah, sehingga mereka seolah-olah menjadi yakin kepada apa yang mereka tulis dan mendustakan apa yang hati mereka telah tahu.!!!!!
Post a Comment