SAHABAT BLOG

24 February 2013

Sebagai Pemerintah Nik Aziz Berdosa Kerana Hanya Beri Ilmu.

Riuh juga sehari dua ni pasal Nik Aziz yang mengumpamakan penerima BR1M ini seumpama haiwan yang datang apabila diberi makan. Bagi penyokong tegar Nik Aziz, macam kawan aku apa  sahaja yang Nik Aziz kata walaupun kata-kata tersebut terkena kepada batang hidung sendiri atau[pun ahli keluarga mereka, Nik Aziz tetapi tidak bersalah dan TV3, Utusan yang dsalahkan. 

Kai ini aku akan berdiri diatas pagar yang tinggi unuk cuba memahami apa sebenarnya yang katakan oleh Nik Aziz pasal ayam itik lembu kuba datang berduyun-duyun mencari makan.

Kata Nik Aziz yang aku ambil dari Blog dinturtle. yang bersanadkan sinarharian.com


“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” 



Perkara pertama yang aku cuba nak ulas ialah, kenapa Nik Aziz cuba untuk memberi ceramah kepada Ayam itik, lembu kuba. Bukankah haiwan-haiwan ini adalah makluk yang tidak mempunyai akal fikiran. Mereka cuma tahu makan dan sek sahaja. Itu pun dilakukan tanpa ada nafsu tetapi menjadi fitrah kelahiran mereka. Tidak pernah ada sesiapa ssahaja yang cuba untuk memberikan ceramah agama kepada binatang. 

Aku tidak percaya Nik Aziz pernah mencuba untuk memberi ceramah agama kepada ayam itik peliharaan beliau. Entahlah, mungkin pernah dicubanya, kalau tidak mana beliau tahu ayam itik tidak akan datang mendengar ceramah beliau. Ah..takkan dia tidak tahu ayam itik tu tidak mempunyai akal. Konfius aku...

Nik Aziz meletakkan orang sama taraf dengan haiwan bila dia bagi benda tetapi tidak bagi ilmu. Aku bertambah konfius. Bagi seorang yang waras, mereka sedar haiwan tidak dibagi ilmu tetapi kita bagi benda iaitu makanan, tetapi manusia ini kita bagi ilmu dan juga makanan. Tidak salah  memberikan ilmu dan selepas itu diberi makan. Di kuliah-kuliah agama termasuk ceramah agama PAS sendiri pun, biasanya akan dijamu dengan makan setelah diberikan ilmu. Kalau macam tu, mereka yang dijamu makan selepas mendengar kuliah agama itu sama taraf dengan haiwan.

Inilah akibatnya kalau dalam hati tu penuh dengan dendam melampau. Apa sahaja yang dilakukan oleh pihak musuh akan menjadi salah dimata walaupun perkara yang dilakukan itu sesuatu yang baik dan berfaedah. Pemberian benda ataupun lebih tepat BR1M kepada rakyat yang berkelayakkan adalah langkah kerajaan untuk mengagihkan duit secara langsung kepada rakyat. Perkara ini merupakan satu amalan mana-mana kerajaan untuk membantu rakyat mereka. Pemberian secara langsung ataupun tidak langsung bukanlah satu isu. Yang menjadi isu adalah kerajaan yang langsung tidak memberikan apa-apa kepada rakyat mereka samada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Kerajaan Malaysia sentiasa bertanggungjawab untuk memberikan ilmu kepada rakyat mereka. Beratus  ribu rakyat berada di sekolah-sekolah, universiti dan kolej-kolej yang dibiayai oleh kerajaan. Tidak ini satu  tindakan kerajaan untuk memberikan ilmu kepada rakyatnya. Di samping mmberikan ilmu, kerajaan juga sedar bahawa ada diantara rakyat yang tidak mampu untuk menggunakan ilmu mereka itu untuk mendapat keselasaan hidup. Pelbagai sebab mengapa mereka masih tidak mampu menggunakan ilmu yang diberikan untuk menjana pendapatan yang boleh memberikan keselesaan kepada mereka. Oleh itu, kerajaan sedar bahawa ada ketikanya rakyat perlu diberikan bantuan secara langsung supaya bantuan langsung itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menyelesaikan beberapa masalah kewangan mereka seperti hutang, bil tertunggak dan sebagainya.

Sebuah kerajaan itu adalah paling tidak bertanggungjawab apabila mereka menggunakan alasan tidak mampu untuk memberikan makanan ataupun benda kepada rakyat mereka hanya disebabkan tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian. Samalah seperti memberikan ilmu memancing kepada rakyat tetapi tidak diberikan pancing. Bagaimana rakyat hendak memancing ikan dengan ilmu yang mereka ada sedangkan alatan untuk memancing tiada. Untuk membeli peralatan memancing mereka tidak mampu. Nasib baik BR1M yang diberikan oleh kerajaan membolehkan mereka membeli peralatan memancing untuk memancing ikan.

Kesimpulannya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pemimpin kerajaan hendaklah menseimbangkan antara memberikan ilmu dan juga benda kepada rakyat supaya dengan ilmu yang rakyat ada dan juga benda itu, rakyat dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih selesa. Tidak boleh hanya memberikan ilmu kepada rakyat kerana rakyat perlukan kemudahan untuk menggunakann ilmu yang mereka ada. Untuk menyediakan kemudahan tersebut, kerajaan yang ada mestilah sebuah kerajaan bertanggungjawab dan mampu untuk menggalas tugas. Bagi kerajaan yang hanya mampu untuk menyediakan ilmu sahaja tetapi tidak mampu menyedaikan benda kepada rakyatnya, maka pemimpin kerajaan itun adalah berdosa kerana ketidak mampuan mereka tetapi masih ada hati untuk menjadi pemerintah. Contohnya kerajaan yang hanya memberikan ilmu berkenaan sembahyang berjemaah tetapi tidak menyediakan masjid untuk rakyat mempraktikkan ilmu sembahyang jemaah itu, apakah hukumnya.





1 comment:

Anonymous said...

mike ada belajor ke kaedah tamsil? kalo mike pun sedar tak munasabah nak beri ilmu kpd binatang apa masalahnya kenyataan TGNA? Masalahnya rasul dan waris nabi(ulama) diutus utk bawa manusia kembali kpdNya. Urusan makan minum dan keperluan jasmani manusia ada akal utk cari. Yg tak de ilmu akhirat. Bila ada ilmu apa yg berkait dgn ibadah jadi mudah.Nak berzakat kena cari wang. Bekerja lah. Tidaklah kita jadi mcm binatang atau di binatang kan oleh manusia yg jahlun