SAHABAT BLOG

01 February 2013

Kenapa Hanya Kaum India?

Lupakan seketika pasal penyelewengan pengeluaran resit kad pengenalan sementara di Sabah. Sekarang alihkan kepada isu di Semenanjung. Isunya, kenapa, mengapa, kerana apa orang berketurunan India yang mendakwa mereka tidak mempunyai kad pengenalan biru. Kenapa bangsa-bangsa lain tidak ramai yang terlibat. Apa masalahnya dengan orang India ni sebenarnya? Adakah disebabkan sistem kasta yang begitu menebal di kalangan masyarakat India menjadi penyebab kepada masalah ini? Namun bukankah Brahmin,Kestaria, Paria itu sepatutnya ditinggalkan di India semasa leluhur mereka datang ke Tanah Melayu?

Ini kali kedua aku terpanggil untuk membangkitkan perkara ini. Siapa yang bangang dalam soal ini? Siapa yang bengong dalam isu ini. Usia 7 tahun bukanlah satu jangkamasa yang terlalu lama. Namun masih ada keturunan India yang mendakwa mereka tidak mempunyai sijil kelahiran. Adakah teruk sangat proses pendaftaran kelahiran di negara kita ini sehinggakan masih ada yang tidak mempunyai sijil kelahiran?. Persoalannya, kalau proses pendaftaran kelahiran begitu daif dan begitu teruk, kenapa hanya orang India sahaja yang terlibat?

Aku tinggalkan sahaja persoalan ini tanpa jawapan. Aku percaya masa akan memberikan jawapan kepada persoalan ini.




2 comments:

Wak Labu Farm said...

Wak tak heran kalu ramai kaum india ni tak de surat lahir dan kad pengenalan.

Ade kemungkinan besar anak2 ini di lahirkan oleh ibu yang berasal dari kaum pendatang - same ade haram atau pun halal.

Kalu nak tahu anak itu benar2 di lahirkan oleh ibu dari warga Malaysia - buat aje ujian DNA si anak dengan si ibu nye.

putrarahman said...

Maksud Wak,mereka nak rakyat Malaysia melalui jalan belakang? Boleh jadi juga macam tu. Tapi isunya kenapa mereka cukup berani berbuat demikian?