SAHABAT BLOG

31 January 2013

Sudah-sudahlah PAS... Kesian TG Nik Aziz. Biarlah dia berehat.

Kesian pun ada, nak gelak pun ada. Macam budak-budak. Yelah umur pun dah nak kembali ke zaman budak-budak dulu. Maka akal fikiran pun semakin merosot dan akhirnya kembali ke zaman budak-budak dulu.

Aku peliklah kenapa masih ada lagi orang yang boleh melantik seorang yang terlalu tua sebagai pemimpin mereka. Bila dah terlalu tua ni, akal fikiran bukannya cergas manapun. Banyak keputusan yang dibuat sudah tidak rasional. Tak usah nak bohonglah, ini lumrah dunia. Fikiran mereka sudah tentu tidak sebijak ketika mereka masih muda ataupun seperti mereka yang berumur antara 40 - 70 an.

Apa yang aku membebel ni. Ni hah, pasal TG Nik Aziz nilah yang aku dapat rasakan dia punya akal fikiran sudah tidak cergas dan bernas lagi. Kadang-kadang apa yang diluahkannya seperti seorang kanak-kanak. Kalau tak percaya petikan ucapan beliau di bawah ni.

KOTA BHARU 31 Jan. - "Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW." -

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.

-AKu Teringat zaman kanak-kanak dulu. Kalau ada kawan buat salah, kita tak halal dia dan sumpah dia masuk neraka.

-Sampai syurga dan neraka pun dia kata bukan projek kerajaan dan bukan projek parti. Memanglah bukan projek kerajaan atau parti BN. Sape yang bangang dan bengong kata ianya projek kerajaan atau parti UMNO?

Kepada orang PAS, cukup-cukuplah pergunakan TG Nik Aziz ni. Kesian aku tengok dia ni. Makin lama, makin merapu jadinya. Biarlah dia jalani hari-hari tua dia dengan tenang dan biarlah dia beramal ibadat dengan ikhlas dan bukannya kerana politik. Selama ni amal ibadat dia sudah pasti ada walau sedikit pun kerana parti PAS.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130131/po_14/Menteri-itu-akan-masuk-neraka---Nik-Abdul-Aziz#ixzz2JXqAXB68
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: