SAHABAT BLOG

22 January 2013

Kalau DS Najib janji BN laksakan Hudud di Kelantan, Baru Rakyat Kelantan Sokong....

7 janji PM kepada rakyat kelantan rupa-rupanya masih mempunyai nilai di mata Nik Aziz dan Husam Musa. Jika tidak takkan mereka berdua memberikan ulasan dan menuduh macam-macam kepada PM berkenaan janji-janji tersebut. Nik Aziz kata, janji-janji PM itu umpama rasuah BN kepada rakyat Kelantan. Rasuah apa kebendanya, itukan hanya janji-janji politik dan ianya hanya ditunaikan hanya jika BN berjaya merampas kembali Kelantan daripada PAS. 

Aku tahulah Nik Aziz memang tak pernah berjanji untuk memajukan Kelantan kerana dia tahu bahawa dia tidak mampu untuk menunaikan janjinya kerana beliau tahu bahawa PAS tidak mampu hendak menjana pendapatan dan modal untuk menunaikan janji. Beliau hanya berani berjanji perkara-perkara yang tidak memerlukan modal yang  besar seperti hukum hudud dan pentadbiran Islam. Kedua-dua perkara ini tidak memerlukan modal yang besar.  Itupun tidak mampu untuk ditunaikan.

Husam Musa pula menyatakan bahawa janji-janji yang PM tersebut hanyalah meniru program yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Program dan perancangan sahaja tetapi umum mengetahui ianya tidak mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan. Nak buat lebuhraya pun terpaksa minta sedekah dari rakyat. Inikan pula hendak melaksanakan projek-projek lain yang dirancangkan.

Aku ada sentuh pasal nilai janji PM di Kelantan di perenggan atas. Adakah janji PM ada nilainya di Kelantan. Jawapan yang boleh aku cadangkan ialah tidak ada nilai. DS Najib bukannya PM pertama yang menabur janji di Kelantan. Sejak zaman Tun Mahathir sehingga zaman Pak Lah, setiap kali PRU, pasti ada perkara besar yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat Kelantan. Namun demikian, adakah rakyat Kelantan termakan janji-janji tersebut? Jawapannya tidak sama sekali. Rakyat Kelantan bukannya rakyat yang mementingkan keduniaan tetapi mereka adalah rakyat yang mementingkan kerohanian. Sebab itu janji Nik Aziz lebih bernilai berbanding janji BN. Oleh itu DS Najib pun patut meniru janji-janji Nik Aziz jika hendak menang di Kelantan.

Betul ke rakyat Kelantan tidak mementingkan keduniaan? Jawapanya tidak sama sekali. Kita boleh lihat rakyat Kelantan ada dimana-mana dalam Malaysia ini untuk mengejar keduniaan. Kadang-kadang pelik juga dengan rakyat Kelantan ni. Di luar Kelantan mereka bermatian-matian membina keduniaan tetapi pada masa yang sama mereka tetap mahukan mak bapak dan rakan-rakan mereka dikampung hidup dalam kesederhanaan. 

Nik Aziz dan Husam Musa dan pemimpin Kelantan yang lain sedar bahawa janji-janji BN itu langsung tidak mengubah apa-apa ataupun tidak akan mengalih sokongan rakyat Kelantan dari PAS kepada BN. Jika diambil track record yang lalu, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Namun kenapa sekarang ini mereka merasa bimbang? Jika dilihat kepada analisa politik budak Kelantan yang bekerja dengan BIMB yang sedang digantung tugas baru-baru ini, tidak ada yang perlu dibimbangkan. Janj-janji PM di Kelantan tidak bernilai bagi rakyat Kelantan kecuali kalau PM berjanji  Hudud bakal dilaksanakan oleh BN di Kelantan, mungkin boleh mengubah minda rakyat kelantan.

Janji PM adalah seperti berikut:-

1. LEBUHRAYA KOTA BHARU- KUALA KRAI
2. STADIUM BARU
3. MASJID TERBESAR MERCU TANDA KELANTAN
4. PERUMAHAN RAKYAT (5000 UNIT)
5. SISTEM PENGANGKUTAN AWAM (RAPID KB)
6. MASALAH AIR SELESAI
7. KAMPUS UiTM CAWANGAN BANDAR DI PERBESARKAN

5 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Bab..lebuhraya tu Pakcu rasa tak kena buat kerana Lebuhraya puak Pas buat tu..agak-agak nak siap kot nanti bertindih bajet....rugi duit jah...ada dua lebuhraya

putrarahman said...

Terima Kasih Pak Cu.Bajet saja yang bertindih, tapi pitis tak bertindih kerana PAS mana ada pitis nak buat.

Anonymous said...

hebat sangat ker orang orang Kelantan ni (mungkin tak semua?) dengan amalam agama mereka? mereka hendakkan sangat hudud, dah bersedia ker? aku lihat maksiat diKelantan menjadi jadi. pembohongan pemimpin pemimpinya pun tak kurang mana pun. sanggup ker orang Kelantan kena potong lidah kalau berbohong dan hukuman yang lainya?

alkhudhri said...

mana ada hukuman hudud potong lidah? blajar dan fahami dulu sbelum nk komen. mmg maksiat dah xbleh lari dah dlm masyarakat serba moden hari ini. tambah2 lagi bila hari2 disajikan dgn program2 maksiat di kaca tv,majlis2 anjuran pihak tertentu,akhbar2 dan majalah serta berkurangnya program2/majlis2 santapan rohani. cuba bandingkan dgn negeri lain, mana ada negeri yang adakan kuliah mingguan besar-besaran?yg bagi kuliah pulak, mb sendiri. mana nk cari mb mcm ni kat negeri lain? mmg kami rakyat kelantan hebat. tgk je pengarah2 jabatan/badan berkanun/swasta berasal dari kelantan. kat universiti, majoriti rakyat kelantan. Rakyat kelantan ada dimana2 kerana dah mmg jati diri org klate suka merantau dan suka berniaga!
- http://www.alkhudhri.com -

Anonymous said...

Korang ingat orang kelantan akan tertipu ke?

Dari RMK 7 sampai la skarang 7 projek tu tak tertunai.

Berjanji la BN..Tu la kerjanya..