SAHABAT BLOG

19 January 2013

Adakah PAS akan Akur??

Isu Kalimah Allah nampakmasih belum tutup bagi pihak Pakatan Rakyat. Aku ingatkan bila PAS membuat penetapan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain Islam bagi tujuan merujuk kepada tuhan mereka kerana ianya tidak menepati maksud kalimah Allah itu, maka isu ini akan tamat dan satu isu baru pula akan timbul. Biasalah satu isu tenggelam, maka akan timbul isu baru pulak. 

Rupa-rupanya ada pihak di dalam DAP yang tidak puas hati pasal isu kalimah Allah ini. Kalau dilihat kepada pihak ini atau individu ini, aku fikir beliau bukanlah seorang penganut kristian kerana namanya tidak ada ciri-ciri nama seorang penganut kristian.

Orang ini yang mahukan supaya Majlis Syura PAS menarik kembali pendirian mereka berhubung isu kalimah Allah ini. Aku pun tak tahu kenapa beliau ini sentiasa mencari masalah dengan Islam. Dalam isu hudud, beliaulah yang paling lantang bersuara menentang. Dalam isu Kalimah Allah ni, nampaknya beliau juga  ingin menjadi sebagai penentang utamanya. 

Darip[ada penelitian aku, apa yang boleh aku simpulkan orang ini keseorangan di dalam DAP. Maksud aku, beliau tidak ada penyokong di dalangan bangsa beliau sendiri. Beliau mengharapkan sokongan daripada orang Cina yang majoritinya beragama kristian di dalam DAP. Oleh itu bagi menyelamatkan diri beliau dalam DAP, beliau terpaksalah menjadi jurucakap ataupun jurubantah di dalam DAP berhubung isu-isui yang ada kaitan dengan Islam. Dalam bahasa mudah atau dengan lain perkataan, pemimpin veteran ni telah merelakan dirinya dilantik ataupun dikudakan oleh DAP demi untuk menyelamatkan karier politik beliau di dalam DAP. 

Percayalah, pemimpin ini yang sanggup mati mempertahankan prinsip penentangan beliau terhadap Islam,  berkemungkinan besar tidak akan dicalonkan di dalam PRU 13 nanti. DAP bercadang untuk mengorbankan beliau bagi tujuan memberikan kawasan beliau kepada seorang calon Melayu DAP bertanding. Calon melayu DAP yang boleh digunakan oleh DAP untuk dicalonkan sebagai PM proksi mereka. 

Kita lihat apa pendirian Majlis Syura Ulama PAS apabila mendapat gesaan daripada pemimpin veteran ini. Jika mengikut trend terdahulu, berkemungkinan besar PAS akan akur dan tunduk kepada gesaan pemimpin ini yang sudah tidak berupaya tetapi lantang bersuara.

No comments: