SAHABAT BLOG

27 January 2013

Aku Respek Nik Aziz

Huh, memang dasyat betul. Hanya seorang ahli politik yang jitu boleh melakukan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz.  Memang betullah Nik Aziz ni seorang politisan tulen. Aku respek kepada beliau sebagai seorang ahli politik yang sejati. 

Peranan beliau sebagai seorang ulama aku tak pernah tahu macamana beliau ini sebenarnya kerana aku tidak pernah hadiri kuliah beliau walau dimana jua sekali pun, tetapi sebagai ahli politik, aku aku beliau memang ahli politik yang tulen. Kalaulah disebabkan beliau rajin menyampaikan kuliah dan membaca kitab itu membolehkan beliau digelar ulama, imam masjid di kampung aku pun apa kurangnya. Tapi tak ada pula yang gelar beliau seorang ulama. Pedulikanlah , itu gelaran yang diberikan oleh pengikut Nik Aziz kepada beliau. Pada aku, beliau hanyalah seorang ahli politik yang tulen dan aku hormat beliau dalam hal ini.

Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sehingga aku begitu kagum kepada beliau. Kenapa tidaknya, bukankah sekarang ini isu Kalimah Allah sedang hangat diperdebatkan. Nik Aziz adalah ketua Majlis Syura PAS yang telah membuat penetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunapakai oleh orang bukan Islam. Karpal Sing pula adalah pemimpin DAP yang lantang menentang keputusan Majlis Syura tersebut. Beliau mahu supaya Majlis Syura kaji semula ketetapan mereka.

Jadi jika bukan sebab politik tak ada sebab ketua Majlis Syura PAS hendak datang menyambut hari lahir beliau di rumah penentang keputusan Majlis Syura PAS. Itulah aku katakan dasyat betul percaturan politik Nik Aziz sampai Karpal Sing pun tergaman dan terkejut.



Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal
 
Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.



4 comments:

PakSu AloqSetaq said...

In politic everything is possible! In order to get VOTES he is willing to do anything.....! Put aside his religious value just to BARTER for route to Putrajaya.....Can we trust this Polical Dramatist so called TOK GURU?

Anonymous said...

No!!

Anonymous said...

'Bapa Perpecahan umat Islam dan bangsa Melayu'

Unknown said...

bila kedatangan hari kelahiran nabi besar MUMAHAD SAW pok nik kata buat kerja tak sudah tapi menyambut hari kelahiran abang besar KARPAL SING tak apa plk..nampak sgt mainan silap mata agama + politik totok PAKATAN. siapa nak percaya bro...!!!