SAHABAT BLOG

11 December 2012

Suara Pakatan Rakyat Menyokong Penganas Israel

Aku tidak tahu siapa pemilik sebuah blog Pro Pembangkang yang mengelar dirinya sebagai Suara Pakatan Rakyat. Adakah blog ini diiktiraf sebagai suara untuk mewakili Pakatan Rakyat, itu aku tidak tahu. Namun kalau melihat daripada tajuknya, ianya seolah-olah diiktiraf oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk mewakili parti Pakatan Rakyat.

Apa yang aku nak bangkitkan di sini adalah satu perenggan terakhir yang aku copy dari artikel terbaru Suara Pakatan Rakyat yang aku percaya boleh menyinggung hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam.

"Ingatlah, setiap sen yang dibelanjakan ke atas penduduk Gaza, adalah bersamaan dengan menyokong usaha keganasan mereka terhadap rakyat Israel yang tidak berdosa".

Berdasarkan tulisan ini, jelas dan nyata bahawa Suara Pakatan Rakyat adalah penyokong Israel. Pakatan Rakyat pada dasarnya menentang usaha-usaha penduduk Plastein untuk membalas serangan pihak Israel bagi melindungi tanah air mereka. SPR tidak kisah kalau Israel menembak dan membunuh masyarakat awam dan kanak-kanak Pelastein tetapi begitu mengambil berat nasib rakyat Israel yang tidak berdosa.

Adakah ini sebenarnya respond Pakatan Rakyat terhadap keakraban Hamas dengan UMNO. Bagi mereka siapa yang menjadi kawan UMNO semuanya menjadi musuh bagi Pakatan Rakyat.


Untuk baca dengan lebih lanjut artikel sila baca di bawah ini.


PENULIS terserempak dengan satu artikel dalam sebuah blog pro UMNO disini yang menyiarkan gambar-gambar bendera PAS dikibarkan di Gaza yang kita tahu berada dibawah pemerintahan Hamas.

Tidak pasti bila gambar tersebut diambil kerana tidak ada tarikh disertakan tapi sumber memaklumkan penulis, gambar terseut diambil baru-baru ini ketika perarakan meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dalam konfrontasi yang meletus baru-baru ini

Apa pun yang pasti, penyebaran gambar-gambar tersebut menunjukkan bahawa PAS juga bersekongkol dengan Hamas yang diiktiraf sebagai pertubuhan pengganas oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Jika tidak dikendalikan dengan betul, penulis bimbang keadaan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat Malaysia yang berbilang bangsa terhadap Pakatan Rakyat, dimana PAS adalah menjadi sebahagian daripadanya.

Selain itu, ia juga berlawanan dengan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel (seperti yang diperakukan Amerika Syarikat dalam Penyelesaian Dua Negara) kerana Hamas adalah pertubuhan radikal Islam yang paling kerap membunuh rakyat Israel dengan serangan kejam menggunakan roket Katyusha yang diubah suai.

Nasib baik, tidak ada muka pemimpin PAS yang dikenali dalam gambar tersebut, atau ia akan mencetus kepada persoalan yang jauh lebih besar.

Penulis berharap, orang-orang yang membawa bendera PAS itu adalah mereka yang tidak ada kaitan dengan parti tersebut dan tindakan mengibarkan bendera PAS di Gaza, dilakukan tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi parti tersebut.

Lebih baik lagi kalau pemimpin utama PAS tampil mengesahkan perkara ini bagi mengelakkan tanggapan buruk berterusan terhadap PAS dan kaitannya dengan pertubuhan pengganas seperti Hamas.

Semua ini perlu dilakukan dalam jangka masa terdekat kerana penulis sudah mula melihat di laman-laman facebook berbahasa Inggeris yang pro DAP sudah mula mempertikaikan perkara ini.

Tidak salah jika PAS mahu menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin untuk menyokong idealogi politiknya, tapi ia perlulah dibezakan antara memberikan sokongan kepada Palestin dan pertubuhan pengganas seperti Hamas!!

Sudah cukuplah kerajaan BN memalukan negara ini di mata dunia dengan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap perjuangan Hamas, termasuk UMNO yang menjemput perwakilan Hamas untuk hadir di perhimpunan agung parti tersebut kelmarin, tidak perlulah PAS juga terpalit dalam hal memalukan seumpama ini.

Ingatlah, setiap sen yang dibelanjakan ke atas penduduk Gaza, adalah bersamaan dengan menyokong usaha keganasan mereka terhadap rakyat Israel yang tidak berdosa.

Rujukan: http://suarapakatanrakyat.com/2012/12/bendera-pas-di-gaza-memalukan-pakatan-rakyat/

No comments: