SAHABAT BLOG

20 November 2012

Memang Nampak Mustahil...

Keputusan sukar tetapi wajib dibuat oleh pemimpin Melayu sementara masih ada kuasa iaitu menghapuskan apa jua Parti  ataupun NGO yang mempunyai agenda dan matlamat perjuangan yang jelas dan terang untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Tanah Rezab Melayu, menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu dan mengugat keutuhan agama Islam di Malaysia ini ataupun  mendapatkan kembali sokongan majoriti orang Melayu. Mana yang sukar dan mustahil untuk dilakukan. Aku fikir untuk mendapat kembali sokongan majoriti orang melayu adalah amat sukar dan mustahil berbanding menghapuskan dan mengharamkan parti dan ngo yang menentang melayu.

Sekarang ini Pemimpin Melayu Islam masih mampu untuk menahan dan bertahan dari segala asakan dan juga cubaan usaha dan ikhtiar puak-puak ini, kerana Pemimpin melayu masih berkuasa di bawah kekuasaan politik UMNO kerana majoriti orang melayu masih menyokong UMNO. Namun demikian, sampai bila UMNO mampu untuk bertahan?. Sampai bila UMNO terus menerima sokongan majoriti orang Melayu?

Dari masa kesemasa usaha dilakukan untuk mengikis kuasa tersebut. Sedikit demi sedikit perpaduan dan sokongan orang melayu terhadap UMNO itu dihilangkan. Sedikit demi sedikit, mereka yang menjadi musuh melayu dan Islam itu mencari tapak kuasa. Jika dahulu, mereka tidak ada negeri, sekarang ini sudah ada negeri. Jika sekarang hanya satu negeri, tidak mustahil 20 tahun akan datang mereka akan mendapat 5 negeri. Jika 20 tahun akan datang mereka mendapat 5 negeri, mungkin 30 tahun selepas itu,  mereka mendapat negara pula.

Sebelum terlambat, pemimpin Melayu wajib mengambil keputusan sukar da mustahil ini.  Adakah orang melayu Islam hanya tengok dan biarkan sahaja trend kehilangan kuasa ini berterusan tanpa ada usaha untuk menghalangnya?


Pluralisme, Liberalisme Agenda Halus Hilangkan Islam Dari Agenda Negara


KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ahli Akademik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berpendapat bahawa Pakatan Pembangkang mempunyai matlamat ke arah menjadikan negara ini sebuah negara berstatus republik jika dinilaikan berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh kepimpinan tertinggi mereka di dalam mahupun di luar negara.

Beliau berpendapat sedemikian memandangkan pemerhatian terhadap beberapa isu terutama yang berkaitan soal-soal hak asasi manusia yang dicetuskan serta disokong secara terbuka oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.


“Apa yang kita lihat hari ini kepimpinan Pakatan Pembangkang dilihat amat cenderung kepada fahaman pluralisme dan liberalisme yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara republik yang tidak meletakkan agama itu sebagai satu agenda negara.

“Ini jelas apabila kita lihat timbulnya isu-isu seperti LBGT, hak kebebasan beragama, dan kesamarataan agama yang disokong oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, baik yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Agenda dan fahaman pluralisme dalam agama dan hak-hak asasi manusia ini menurut beliau merupakan satu senjata sulit bagi mempengaruhi pemikiran rakyat dalam usaha untuk menidakkan sesebuah agama dari menjadi agenda sesebuah negara.

“Perkara ini sudah berlaku di Eropah pada kurun ke 17 dan 18 dulu. Sebelum kurun ke 17, Gereja menguasai pentadbiran negara atau negeri. Setiap pemerintah akan dipersetujui oleh gereja. Namun, satu agenda untuk menghilangkan kuasa gereja terhadap pentadbiran negara atau negeri mula berlaku di sekitar kurun ke 17 dan 18 yang telah menyebabkan gereja atau agama kehilangan kuasa dalam urusan pentadbiran negara.

“Akhirnya pemerintahan dan pentadbiran Eropah hari ini tidak lagi menjadikan agama sebagai agenda negara yang menyebabkan kini kurangnya generasi beragama di dalam Eropah. Sebab itu kita lihat ramai rakyat di Eropah dan Barat yang tidak lagi menekankan tentang agama dan inilah yang cuba dilakukan di negara kita melalui penyebaran fahaman pluralisme dan liberalisme pemikiran terutama dalam soal-soal beragama,” tegas beliau.

Sebab itu katanya lagi, umat Islam khususnya bangsa Melayu perlu berhati-hati dalam memilih pemerintah kerana ada Pakatan Pembangkang dilihat seolah-olah ada perancangan yang menjadi agenda sulit yang berkemungkinan tidak didedahkan mereka kepada rakyat.

“Hari ini, di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, Islam menjadi satu agenda negara, selaras dengan perlembagaan yang meletakkan Islam itu sebagai agama persekutuan.  Sebab itu kita lihat kerajaan yang ada pada hari ini membantu syiar-syiar Islam untuk berkembang di dalam negara. Ini satu perkara yang tak dapat kita nafikan.

“Apa yang kita bimbangkan, sekiranya bertukarnya kerajaan, Islam tidak lagi termasuk di dalam agenda negara, sebaliknya agama itu akan menjadi soal dan hak peribadi individu dan pemerintahan negara akan mengikuti dasar dan prinsip-prinsip sebuah negara sekular. Ini amat merbahaya terutama terhadap dasar-dasar fundemental orang Melayu iaitu Islam dan Raja-Raja,” ujarnya. -MediaUMNO

2 comments:

Wak Labu Farm said...

Salam dari Wak kpd tuan empunye blog.

Wak fikir ape yang berlaku terhadap politik melayu hari ni yang menjadi layu adelah di sebab kan kegagalan UMNO dalam pentadbiran nye.

Kegagalan UMNO telah menimbulkan keraguan orang melayu terhadap kepimpinan UMNO.

Rakyat(melayu) masih ramai yang hidup kais pagi makan pagi, sedangkan pencacai2 dan pemimpin2 UMNO hidup ber mewah mewahan, kaya raya kumpul wang dan harta ber ribu jute.

Sebutkan seorang pemimpin UMNO yang hidup nye 'sederhana' sahaja.

putrarahman said...

Kata orang, Jangan pandang ke atas kerana ianya akan melahirkan rasa dengki dan iri hati, pandanglah ke bawah kerana ianya akan melahirkan rasa syukur. Allah tidak akan ubah nasib kita, kecuali kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Pemimpin UMNO di Kampung aku, hidup dia sederhana je bahkan lebih sederhana dari pemimpin PAS di Kampung aku.

Sebenarnya bukan salah UMNO kenapa Melayu terus layu tetapi salah PAS. Kenapa pemimpin PAS tak duduk dalam saf kepimpinan UMNO dan bawalah UMNO ke arah mana yang mereka mahu. Ini tidak, sebab PAS, melayu Islam jadi pecah belah dan koyak rabak.