SAHABAT BLOG

24 November 2012

Kajian Terbaru - Haji Hadi Bakal PM ke 7?


Tajuk di atas hanya gurauan sahaja. Mana ada aku buat kajian. Aku cuma boleh congak-congak je. Congakan aku sejak dulu hingga kini, Pakatan Rakyat tak ada harapan langsung hendak menawan Putrajaya. Pihak yang buat kajian sebenarnya adalah mereka yang diberi peruntukkan untuk membuat kajian. Sebelum Bajet 2013 diumumkan, sebelum perebutan jawatan PM oleh Pakatan Rakyat, sebelum tindakan memalukan yang dibuat Anwar Ibrahim menagih bantuan asing, sebelum Nurul Izzah Anwar membuat tafsiran salah mengenai kebebasan beragama bagi umat Islam, kajian yang dibuat menunjukkan masih berpihak kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.  Daripada 222 buah kerusi Parlimen, 120 kerusi dijangkakan dimenangi oleh BN dengan mudah, manakala 24 buah kerusi yang dimiliki oleh BN sekarang ini masih berada dalam keadaan kelabu. 

Kajian ini hanya melibatkan kerusi BN sahaja ke, tidak pula dinyatakan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Takkan tak ada satu pun kerusi yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sekarang ini yang bakal berpindah tangan kepada BN. 

Apa-apa pun, apa yang boleh aku gambarkan daripada kajian ini, DS Najib sebenarnya menunggu isyarat majoriti 2/3 sebelum beliau boleh membubarkan Parlimen. Kalau stakat nak menang majoriti mudah,  PRU 13 bila-bila masa boleh diadakan. DS Najib mengharapkan selepas bajet 2013 diumumkan dan dilaksanakan dalam masa terdekat ini, isyarat kemenangan 2/3 itu bakal diperolehi. 

Dalam erti kata lain, Pakatan Rakyat tak ada peluang untuk menang walaupun majoriti mudah.  Tak payahlah PR berangan-angan hendak menawan Putrajaya. Bagi para penyokong BN pula, PRU 13 nanti bukanlah PRU yang akan menyebabkan Putrajaya berpindah tangan. Namun demikian, usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangan BN hendak dipergiatkan dari masa ke semasa dan didoakan semoga Pakatan jahat rakyat yang ingin mengugat hak keistimewaan Melayu, Tanah Rezab Melayu, Raja-Raja Melayu, Keutuhan Islam digagalkan oleh Allah S.W.T.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kajian yang dibicarakan di atas, sila baca artikel di bawah ini.

Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi.

Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.

Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.
Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.

“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,"

No comments: