Pilihanraya Kampus, Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa. Apa kebende semuanya ni aku tak berapa tahu. Minta maaflah para mahasiswa, aku memang tak tahu kerana aku tak pernah belajar di Universiti Awam. Mungkin ada sebabnya, kenapalah pilihanraya kampus ni penting sangat sehinggakan ianya diberi perhatian oleh ramai pihak termasuk media-media tempatan. Secara peribadi, aku tidak pernah perasan pun impak langsung dan tidak langsung pilihanraya kampus ni kepada masyarakat di kampung aku khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Kalau tak ada pilihanraya kampus pun aku fikir tak menjadi satu masalah besar kepada rakyat Malaysia seluruhnya.
Walaupun aku tak berapa tahu pilihanraya kampus ni sebagai seorang bloger, aku kena ambil tahu juga kerana aku tahu ramai juga dikalangan pembaca blog aku ni terdiri dari mereka yang pernah belajar di Universiti Awam dan juga mungkin ada yang masih bergelar mahasiswa. Pilihanraya kampus kali ini, aku baca berita Pro Aspirasi banyak menang kerusi perwakilan. Aku pun tak tahu kenapa mereka banyak menang kali ni. Pro Aspirasi dengar ceritanya mahasiswa yang menyokong dasar-dasar kerajaan, manakala pro mahasiswa pula ialah golongan yang membangkang kerajaan ataupun mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti parti pembangkang seperti perhimpunan BERSIH , Hijau dan sebagainya.
Kalau diambil sifir mudah aku, keputusan pilihanraya kampus ini memberi makna majoriti mahasiswa semakin menyokong transformasi dan aspirasi yang dilakukan oleh kerajaan berbanding mahasiswa yang menyokong angan-angan dan janji-janji pembangkang. Lebih mudah lagi, Mahasiswa menyokong DS Nasjib berbanding Anwar. Maknanya lagi, keputusan pilihanraya kampus ini memberikan mesej kepada orang kampung bahawa kalau majoriti mahasiswa menyokong kerajaan, apa perlunya orang kampung terfikir untuk menyokong pembankang.
Namun demikian isunya, walaupun tak ramai mahasiswa yang menyokong pembangkang, tetapi parti pembangkang pandai mengambil peluang memperkudakan mahasiswa yang menyokong mereka itu. Oleh itu, walaupun sedikit sahaja yang menyokong pembangkang, impaknya boleh nampak dimana-mana kerana kebijaksanaan pihak pembangkang mengeksploitasi mahasiswa yang menyokong mereka itu. Kerajaan pun kenalah ambil peluang ini. Mereka hendaklah menggunakan sebaik mungkin tenaga dan idea mahasiswa yang menyokong mereka untuk digunakan dalam masyarakat. Pandai-pandailah kerajaan mengatur program supaya impaknya menusuk ke dalam kalbu masyarakat.

Berbalik kepada pilihanraya kampus kali ini, pihak yang kalah sudah tentu mencari pelbagai alasan dan sebab untuk tidak mengakui kekalahan mereka. Ini perkara biasa, tetapi apabila yang mempersoalkan itu terdiri dari orang politik,, maka timbullah persoalanntya. Apa ke hal orang politik masuk campur pulak? Tunggu jelah Pilihanraya Umum yang akan datang.
Baca apa komen Nurul Izzah berkenaan Pilihanraya Kampus ni.
Banyak 'e' yang bermasalah dalam p'raya kampus
ULASAN Pilihan raya kampus yang diadakan semalam mencatatkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengancampur tangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan Mahasiswa.
Projek Ops 2020, yang didedahkan dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon kampus prokerajaan.
Projek ini memberikan laluan kepada anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihan raya kampus yang bersih, adil dan telus.
Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) dibelasah oleh lima orang samseng.
Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.
Audit terbuka pada e-undi
Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan sistem pengundian elektronik (e-undi) di UM sejak 2009 - apabila Pentadbiran UM meneruskan konsep menukar
sistem kertas undi kepada undian secara berkomputer.
Mahasiswa menentang keras sistem yang diperkenalkan itu kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi.
Tiadanya audit ke atas sistem tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihan raya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.
Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:
(1) Adakah undi rahsia?
(2) Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
(3) Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?
Setelah e-undi diperkenalkan sejak 2009, pada tahun 2010 UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam perlaksanaan pilihan raya kampus iaitu e-calon, e-daftar dan e-bantah - yang semuanya berbentuk elektronik.
Sistem yang diguna pakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa.
Dalam pilihan raya kampus UM kali ini, Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro- Mahasiswa.
Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), apabila pilihan raya kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal.
Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak universiti membuktikan sistem e-undi perlu dibaikpulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.
PKR menggesa kementerian pengajian tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem e-undi.
Kita wajib membaikpulih imej universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.

1 comment:
Lagi kuat bunyi pahat selepas ni.
Post a Comment