SAHABAT BLOG

16 August 2012

Pemimpin PAS 'Memohon' Supaya DiPecat dari PAS


Sejak dari dulu lagi, Parti Politik kat Malaysia ni bersifat tidak boleh dikritik. Kalau kebetulan yang mengkritik tu di kalangan pemimpin parti, mereka akan didesak oleh para penyokong mereka untuk mengundurkan diri. Desakan sekarang ni lagi dasyat kerana pelbagai media boleh digunakan. Sesiapa sahaja boleh melahirkan desakan masing-masing di dalam facebook, blog, twiter dan sebagainya tanpa sekatan.

Masalah ni lagi teruk berlaku di dalam PAS dan DAP. PKR aku tengok taklah seteruk DAP atau PAS kerana PKR sebuah parti yang tidak ada maruah yang hendak di jaga dan tidak ada pengikut yang henddak dipelihara. Jadi mereka lebih terbuka dalam segala segi termasuk zahir dan batin.

Terbaru, disebabkan sekeping gambar, pemimpin PAS yang pernah menjawat Jawatan Utama di dalam Parti Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah diasak kiri kanan meminta beliau keluar dari PAS.  Gambar beliau sedang menemani PM untuk berjumpa dengan Ulama Arab Saudi telah menjadi peluru terbaru kepada PAS untuk menyerang Ustaz Nasha.

Dari sifir politik aku, bagus juga kalau Ustaz Nasha keluar dari PAS kerana sekurang-kurangnya beliau tidak bersubahat dengan pemimpin PAS yang sudah angau Putrajaya tu. Lagi pun aku percaya beliau tidak keluar sorang-sorang. Pasti ada le 2- 3 orang pengikut beliau yang akan berbuat demikian. Namun takkan 2 - 3 orang je kerana Ustaz Nasha bukannya pemimpin peringkat cawangan. Beliau bekas seorang Timbalan Presiden. Aku percaya ramai penyokong peringkat akar umbi yang akan mengikuti jejak langkah beliau istihar keluar parti dan menolak PAS dalam PRU 13 nanti.

Tindakan Ustaz Nasha menemani PM di Arab Saudi aku lihat sebagai permohonan terbuka beliau kepada Pemimpin PAS supaya memecat beliau dari PAS.  Ustaz Nasha bukanya bodoh dan tidak mengetahui kesannya apabila beliau menemani PM di Arab kerana beliau tahu sangat perangai pemimpin PAS dan para penyokong mereka. Namun Ustaz Nasha berani mengambil risiko tersebut kerana dengan cara itu sahaja beliau berharap akan dipecat dari PAS. Beliau tidak boleh meletak jawatan sebagai MP ataupun bertindak keluar  dari PAS kerana aku percaya beliau juga telah melafazkan ba'iah ataupun taklik tertentu dengan pemimpin PAS.

Namun demikian, aku percaya pemimpin PAS bukannya berani nak pecat pemimpin besar mereka dekat-dekat PRU 13 ni kerana kesannya cukup besar juga. Semasa mereka memecat Dr. Hassan Ali dulu,  bukan sedikit tamparan diberikan oleh Dr. Hassan Ali kepada PAS. Walaupun didesak oleh para penyokong mereka, habis-habis tidak pun mereka akan memohon supaya Ustaz Nasha meletak jawatan.

Setakat ini sahaja. Kepada semua pembaca blog, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN' . Aku tidak akan menulis dalam time-time raya ni kerana balik kampung. Maklumlah menulis pakai PC bukannya notebook.


No comments: