SAHABAT BLOG

28 August 2012

PAS Tidak Berniat Bentangkan Usul Hudud


PAS tidak akan membentangkan usul hudud di dalam Parlimen walaupun jika ditakdirkan mereka memerintah kerana mereka menjangkakan tidak mendapat sokongan 2/3 Ahli Parlimen untuk membolehkan usul berkenaan diluluskan. Ini apa yang aku fahamlah daripada kenyataan Tim. Presden PAS sendiri.

Kalau macam nilah keadaanya, apa sebenarnya tujuan mereka berjuang selama ini. Setelah sekian lama mereka berjuang untuk melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya termasuk untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi apabila mereka berkuasa, mereka tidak mahu melaksanakannya. Perjuangan mereka bukannya alang-alang, siang malam mereka berkempen dan menanam doktrin ke dalam minda para penyokong mereka bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika berkuasa,  sehinggakan mereka sanggup memperli dan adakalanya sampai ke tahap menghukum UMNO kerana kononnya menolak Islam, tetapi apabila kuasa sudah berada di dalam tangan mereka, mereka tidak sanggup untuk melaksanakannya kerana takut kepada DAP.

Aku tak fahamlah pendirian PAS ni sebenarnya. Mungkin ada benarnya kata MB Tranung bahawa , PAS adalah sebuah parti ajaran sesat. Kalau tak percaya, pergilah ke mana-mana majlis atau ceramah yang dianjurkan oleh PAS, kita boleh dapati isi kandungan ceramah mereka penuh dengan ajaran yang mengelirukan yang jauh berbeza dengan ajaran para ulama di dalam kerajaan.  Mereka seringkali mengajar dan mengajak para pengikutnya untuk menidakkan segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka seringkali mengatakan hendaklah islam itu diterima secara seluruhnya dan bukannya separuh-separuh sedangkan pada masa yang sama masih ramai para pengikut mereka yang sering meninggalkan ajaran Islam seperti sembahyang, puasa, zakat,  dan sebagainya. Tidakkah boleh dikatakan sesat ajaran mereka ini?

Untuk lanjutnya, boleh baca berita yang ditulis oleh wartawan Malaysaikini di bawah berkenaan pendirian PAS untuk tidak membentangkan usul Hudud jika berkuasa.

Mat Sabu nafi akan bentang usul hudud jika memerintah


Abdul Rahim Sabri

11:26AM Ogos 28 2012

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa partinya akan membawa usul pelaksanaan hudud dalam Dewan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Sebaliknya, dalam wawancara dengan Sin Chew Daily itu, beliau hanya menjelaskan, sebarang pindaan undang-undang perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen, mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan.

Malah, katanya, jika usul pelaksanaan hukum Islam itu dibawa ke parlimen, tetapi ditolak oleh majoriti ahli parlimen untuk dibahaskan, maka sudah tentu tidak boleh dilaksanakan.

"Saya kata (pada Sin Chew Daily), sebarang perubahan dan pindaan hendaklah melalui parlimen dan mengikut perlembagaan dan menghormati perjanjian Pakatan Rakyat. Saya tak sebut mengenai (bawa usul) hudud (ke parlimen).

"Bawa usul, (tetapi) ramai tolak, (maka) tak boleh jalankan hudud," katanya ketika ditemui malam tadi.

Harian itu dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini memetik beliau sebagai berkata, PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau dilaporkan mendakwa perkara tersebut merupakan pendirian PAS dan pihak lain termasuk ahli parlimen bukan Islam yang tidak bersetuju boleh mencabarnya dalam di parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mohamad bagaimanapun menegaskan, sebelum melaksanakan undang-undang syariah itu, urus tadbir kerajaan dan keadilan sosial di kalangan rakyat perlu diwujudkan terlebih dahulu.

"Nak buat hudud perlu timbulkan 'good governance' dan keadilan sosial terlebih dahulu," katanya sambil menambah isu hudud itu akan dimainkan BN setiap kali menjelang pilihan raya.

No comments: