Tak pernah berlaku lagi di dalam sejarah tanahair seingat aku, tema hari kebangsaan pun menjadi perbalahan. Kalau macam ni macamana Malaysia hendak mengekalkan sebuah negara yang aman makmur yang mana perpaduan antara rakyat menjadi terasnya. Semakin rentak ada le. Semuanya ini gara-gara kumpulan minoriti yang tidak menghormati kumpulan majoriti manakala kumpulan majoriti pula terikut-ikut dengan kelakuan minoriti.
Bakalele betul para pemimpin negara aku yang tercinta ini. Adakah hotak mereka semua sudah tidak sehat?. Disebabkan ingin memenangi undi daripada rakyat, perkara yang karut marut dan carca marba terpaksa diamalkan. Sehinggakan perkara yang kecil menjadi begitu serius. Contohnya pemilihan tema hari kebangsaan pada kali ini.
Tema "Janji Ditepati " yang dipilih oleh kerajaan BN adalah sebuah tema atau slogan yang simple dan bersandarkan kepada ajaran Islam iaitu jangan memungkiri janji. Seruan kepada pemimpin dan rakyat untuk menepati janji-janji yang dilafazkan dan jangan sesekali membuat janji yang tidak mampu untuk ditunaikan kerana itu adalah sifat orang munafik.
Namun sayangnya slogan atau tema yang indah itu dilafazkan kurang kena pada masa dan ketikanya. "Janji Ditepati" telah dilihat oleh rakyat minoriti sebagai slogan kempen pihak Barisan Nasional. Tak boleh nak disalahkan mereka juga dalam hal ini kerana sekarang ini kerajaan BN sedang giat mempromosi slogan "janji ditepati". Aku tak tahulah siapa yang mencadangkan slogan yang cukup hebat ini tetapi tidak kena pada masa dan tempatnya.
Oleh kerana tak puas hati kononnya slogan "janji Ditepati" itu dikatakan tidak kena dengan tiada roh dan semangat kemerdekaan (sebenarnya roh mereka yang dipenuhi agenda politik), maka pihak Pakatan Rakyat telah membuat pertandingan mencipta slogan ataupun tema hari Malaysia mereka sendiri. Inilah perangai puak-puak asobiyah. Jika di zaman kerajaan Islam dahulu kala, pemimpin puak-puak ini sudah tentu diperangi kerana jelas menunjukkan tanda-tanda ingkar kepada pemerintah.
Berbalik kepada pertandingan mencipta slogan oleh Pakatan Rakyat, sebuah kisah telah diriwayatkan oleh sang penglipurlara mereka bahawa sebanyak 250 penyertaan telah diterima( aku fikir semuanya terdiri dari orang Melayu). Sebulat suara mereka bersetuju untuk memilih satu slogan yang difikirkan terbaeek untuk diwariskan kepada para penyokong mereka... Kalau dalam bahasa Barisan Nasional, slogan tersebut berbunyi "1Bangsa,1Negara,1Jiwa". Kalau di dalam bahasa Pakatan Rakyat pula, bunyi dia lain sikit, iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Manakala kalau difahami dalam bahasa DAP ianya lebih jelas maksudnya iaitu , "Malaysian Malaysia".
Walau dalam bahasa apa sekalipun ianya didendangkan, slogan ini jelas dan nyata tanpa bersuluh lagi merujuk kepada konsep satu bangsa dan satu negara, sama rata sama rasa. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini semuanya dianggap sebagai satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia, satu jiwa. Konsep satu bangsa ini banyak digunakan oleh negara di seluruh dunia. Maknanya tidak ada bangsa Melayu, bangsa India, Bangsa, Cina, Bangsa Iban. Yang ada ialah bangsa Malaysia berketurunan Melayu, berketurunan Cina, berketurunan India dan lain-lainnya. Bagi merealisasi perkara ini Perlembagaan perlulah diubah atau dipinda . Untuk mengubah perlembagaan bukannya satu tugas yang mudah kerana ianya memerlukan majoriti persetujuan 2/3 dewan rakyat.
Kesimpulannya Slogan Pakatan Rakyat ini adalah slogan yang mengarut dan tidak memberikan apa-apa makna. Catu cadangan ataupun slogan yang direka cipta oleh seorang melayu yang sudah sanggup untuk kehilangan bangsa melayunya. Satu slogan yang direka oleh seorang melayu yang telah mengingkari sumpah setia nenek moyangnya. Satu slogan yang direka cipta oleh seorang melayu yang sudah tidak sanggup untuk dipanggil bangsa melayu.
Slogan ini mengembirakan DAP sebenarnya kerana secara tersirat (aku anggap tersurat) mempromosi konsep Malaysian Malaysia mereka. DAP sedar bahawa jika berdasarkan kaum, kaum mereka langsung tidak berpeluang untuk menjadi pemimpin No 1 Malaysia. Namun dengan konsep Malaysian Malaysia ini, peluang mereka untuk menjadi pemimpin No 1 terbuka luas kerana konsep ini memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat malaysia di dalam apa jua bidang termasuk kuasa politik.
Bacalah cerita t yang ada kaitan dengan riwayat di atas seperti di bawah.

Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'
Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam.
"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".
"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.
Pakatan sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak.
Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan.
Tarikh tutup cadangan itu, yang perlu dikemukakan kepada sekretariatpakatan@gmail.com adalah pada 5 Ogos.

2 comments:
tertarik dengan kata kata tuan..
"MENCATAT BILA IDEA DATANG UNTUK TATAPAN GENERASI MENDATANG"
sama lah dengan saya. menulis bila ada idea nak tulis..
mohon linkkan blog saya..
www.hurairahady.blogspot.com
thanks admin
Apalah dengki sangat dengan tema sedia ada?
Bukankah ada nilai-nilai positif yang patut dihayati oleh yang berjiwa merdeka?
Atau mereka takut dengan bayang2 sendiri kerana banyak janji yang tak ditepati?
Post a Comment