SAHABAT BLOG

12 June 2012

Tahniah Harimau Malaya

Aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada seluruh Pasukan Bolasepak Malaysia yang diketuai oleh Dato' Rajagopal kerana berjaya mengalahkan Singaura dengan agregate 2-0. Satu permainan penuh bertenaga ditunjukkan oleh anak-anak buah Rajagopal sehingga menyebabkan kuda-kuda tua Singapura tercungap-cungap. 

Kemenangan ini membuktikan bahawa kemenangan Malaysia dalam perlawanan pertama  pada Jumaat lepas di padang Besar Singapura sebenarnya telah diragut dengan kejam oleh pengadil perlawanan dari Hong Kong. 

Aku cukup yakin jika inilah sikap dan corak permainan pasukan Malaysia, harapan untuk mempertahankan Piala Tiger ahkir tahun ini amat cerah sekali. Tahniah sekali lagi.

No comments: