SAHABAT BLOG

12 June 2012

Alahai..Anwar Kempunan Lagi.

Gara-gara ingin mempromosi perjuangan mereka dengan lebih agresif dan berkira-kira untuk memperolehi penyokong dengan cara yang mudah, pihak Pakatan Haram Rakyat sekarang sedang giat mempromosi nama-nama individu yang pernah mempunyai nama da penyokong tersendiri suatu ketika dahulu.

Nama-nama yang dijemput untuk menyertai Pakatan Haram mereka termasuklah dikalangan artis-srtis, ahli sukan, bekas pegawai kerajaan dan juga ahli politik yang telah bersara. Ekoran daripada itu, maka tidak hairanlah jika kita mendengar nama-nama seperti Dayangku Intan, Aishah, Bob Lokman, Kadir Sheikh Fadir, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof , Datuk Fauzi Shaari dan Leman Raja Lawak pun dipujuk oleh mereka. Siapa Leman ni?

Terbaru, mereka mendakwa Dato' Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing akan keluar UMNO dan bakal menyertai Pakatan Haram Rakyat. Pada anggapan mereka kehadiran kedua-dua tokoh ini akan membolehkan penyokong mereka juga turut sama berpaling tadah. Untuk mengesahkan keghairahan mereka untuk mendapatkan tokoh-tokoh ini,   tanpa berlengah Ketua Umum mereka terus terbang ke Sabah. Namun demikian, seperti biasa, beliau kempunan buat sekian kalinya apabila penghijrahan kedua-dua tokoh tersebut tidak sebagaimana diuar-uarkan. Kedua-dua tokoh berkenaan menafikan mereka mempunyai niat untuk menyertai Pakatan Haram Rakyat. Kesian Anwar asyik kena main je.

Menjelang PRU 13 yang semakin hampir, strategi pihak Pakatan Haram Rakyat ini yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sokongan dilihat boleh memberikan sedikit impak positif kepada Pakatan Haram Rakyat dalam aspek mencari glamour. Namun demikian tindakan ini bakal memusnahkan impian dan harapan mereka untuk mengapai Putrajaya jika tidak diuruskan dengan baik.  Kehadiran nama-nama yang mereka 'rangkul' itu di atas pentas ceramah mereka boleh mengugat populariti tokoh-tokoh sedia ada. Takut ada yang makan hati dan mengasingkan diri.

Isunya, adakah begitu kemaruk dan terdesak sangat puak Pakatan Haram Rakyat hendak mempromosi agenda politik mereka sehingga terpaksa menggunakan nama-nama yang telah direject untuk berkhidmat sebagai promoter. Adakah ini bermakna nama-nama besar di dalam pakatan Haram Rakyat sudah tidak mampu untuk digunakan sebagai promosi dan iklan mereka. Adakah ini bermakna mereka sudah ketandusan penyokong dikalangan orang muda sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk kembali golongan muda untuk menyokong mereka.

Dalam situasi keghairahan selebriti menyertai parti politik ini, aku percaya selebriti-selebriti yang sudah suam-suam kuku  sedang berkira-kira untuk menyertai Pakatan Haram Rakyat dengan harapan tindakan mereka itu dapat mengembalikan nostalgia dikerumuni peminat suatu masa dahulu. Manakala selebriti yang sedang popular dan masih mempunyai penyokong, cukup selesa dengan kerajaan BN dan ramai dikalangan mereka yang sedang berkira-kira untuk mengistihar penyertaan mereka dalam UMNO.

No comments: