SAHABAT BLOG

14 June 2012

Pemuda PAS melahirkan Rasa Kasih dan Sayang pada DS Najib

Pemuda PAS bimbang PM dijatuhkan kerana isu Daniyar
5:45PM Jun 13 2012 
Dewan Pemuda PAS bimbang dakwaan bahawa warga Kazakhstan Daniyar Nazarbayev terlibat dalam skandal penipuan AS$20 juta (RM63.6 juta) akan menyebabkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak "dijatuhkan kerana isu remeh dan peribadi."

riduan mohd norKetua penerangan pergerakan itu Riduan Mohd Nor berkata dakwaan ke atas bakal menantu Najib itu, termasuk dakwaan memasuki Columbia University menggunakan dokumen palsu, mendukacitakan Pemuda PAS.

"Jika benar dakwaan ini Pemuda PAS berasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa.

"Sudahlah beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.1 bilion, bakal menantunya pula kini dituduh menipu," kata Riduan dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dakwaan yang timbul itu seolah-olah menunjukkan bahawa Najib kini "mempunyai terlalu ramai musuh."

"Semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum pilihan raya umum ke-13 sehinggakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan," kata Riduan.

Katanya lagi, Najib sepatutnya menyiasat latar belakang bakal menantu untuk mengelakkan dakwaan seperti itu, memandangkan perdana menteri kini menjadi perhatian media dan pengamal politik.

"Pemuda PAS tidak berharap beliau dijatuhkan kerana isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya," kata Riduan lagi dalam kenyataan penuh "dukacita" itu.

Daniyar dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhstan itu menipu bapa tirinya seunit kondominum bernilai AS$20 juta (RM62 juta).

COKAM:  Rasa simpati pemuda PAS terhadap PM bakal mengundang rasa tidak puas hati AMK PKR kerana kalau boleh lagi teruk PM kena, lagi seronok AMK PKR kerana dendam mereka masih belum berbalas lagi. 

 
Segala fitnah-fitnah, caci cacian yang melampau dan tanpa disertakan bukti sehingga merosakkan imej PM di dalam negara dan di persada Antarabangsa semuanya diusahakan oleh Parti Keadilan Rakyat. Bermula dengan kisah Altantuya, kisah Kapal Selam, kisah Cincin 24 juta, Kisah lembu NFC da yang terbaru kisah bakal menantu sial,  semuanya dimulakan oleh AMK PKR. Pemimpin dan penyokong PAS cuma membajainya sahaja supaya menjadi subur dan membuahkan hasil sebagaimana dihajati oleh Pakatan haram Rakyat.

Oleh sebab itu, apabila Pemuda PM melahirkan rasa simpati kepada PM, aku merasakan itu sebenarnya sifat sebenar Pemuda PAS. Perasaan simpati itu sebenarnya terbit dari rasa kasih dan sayang rakyat kepada pemimpin mereka walaupun pemimpin tersebut tidak dari kalangan mereka.

No comments: