WWW1 telahpun diketahui siapa pemiliknya tetapi siapa pula pemilik nombor kereta kat bawah ni. Berapa RM yang dibelanjakannya. ye?
Sape-sape pun, aku tak ada apa-apa motif, ingatkan tak ada orang yang nak beli nombor TAH1. Maklum sajalah, bunyinya tak berapa sedap didengar.
Sebenarnya tender terbuka untuk nombor-nombor kenderaan ni ada bagusnya kerana ianya memberi peluang sama rata kepada semua rakyat, tetapi isunya apabula keputusan tender dikeluarkan, perlukah diwar-warkan dan diumumkan kepada seluruh rakyat? Aku fikir tak ada keperluannya. Tak ada sebab untuk dimaklumkan kepada masyarakat umum, cukuplah kepada para penender sahaja. Hantarlah surat makluman atau maklumkan melalui email atau sebagainya kepada para penender siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Bagi rakyat yang tak masuk tender, kalau nak tahu, boleh hubungi JPJ, lagipun buat apa mereka nak tahu?.
Bila disebarkan dah jadi isu pulak dah. Orang dah mula persoalkan dah? Banyak perkara yang menjadi persoalan orang ramai. Contohnya, kalau pemimpin yang dapat, mereka persoalkan duit dari mana, kenapa tak guna duit tu untuk bantu rakyat dan sebagainya. Bagi rakyat biase pula, ramailah yang kata membazir, kenapa tak menderma atau sebagainya. Buat apa nak persoalkan, dengkilah tu.
Bagi yang suka persoalkan duit orang tu, duit dia sendiri tu bersih ke? Dia rajin ke menderma kepada orang ramai. Dia tak membazir ke? Dia bayar zakat atau tidak? Jangan nak suruh orang je yang menderma, tetapi diri sendiri kedekut nak menderma. Jangan kata orang je yang membazir, tetapi diri sendiri lagi membazir.
Inilah masalah orang kita ni termasuk aku sendiri (kadang-kadang), suka sangat nak hal orang lain, suka sangat nak tahu duit orang, harta orang, bini orang, suka sangat nak tahu dari mana mereka dapat duit dan suka sangat nak tahu bagaimana dia belanja duit. Jarang sangat nak muhasabah diri, halal ke duit yang kita dapat tu, banyak ke derma ikhlas yang kita berikan, berfaedah ke apa yang kita beli dan belanjakan sehari-harian atau kita banyak membazir duit sehingga saudara mara jiran tetangga kita perlukan duit pun kita tak bantu.
Masing-masing ada cara dan kaedah untuk belanjakan duit masing-masing. Kalau boleh janganlah berlanjakan duit untuk perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan bagi orang Islam pula janganlah menyalahi hukum agama. Selain dari itu, belanjalah kerana membelanjakan duit ni sebenarnya digalakkan oleh Islam.
Selain mengharapkan para jutawan ni bersedekah dan menderma sana sini,, kita juga mengharapkan mereka membelanjakan duit mereka supaya ekonomi kita makin berkembang. Tak payah soallah bagaimana mereka nak belanjakan duit mereka, itu mereka punya pasallah. Apabila orang banyak duit atau orang kaya-raya ni berberlanja, maka duit yang dibelanjakan itu akan mengalir di dalam pasaran. Apabila duit yang banyak mengalir di dalam pasaran , ekonomi setempat khususnya dan negara umumnya boleh berkembang pesat. Orang ramai akan mendapat manafaat darinya. Bab sedekah dan derma tu, jangan harapkan orang kaya raya sahaja yang melaksanakannya, orang yang tidak kaya pun boleh menderma mengikut kemampuan masing-masing dan yang penting niat kerana Allah S.W.T.
3 comments:
Transparent tu perlu.. sbb, salah satu ciri2 good governance tu adalah transparent
jd wajar la, kalo di pamerkan pada umum
Salam, artikel yg patut semua baca.
lagi satu, Plat MAT1 pun ada org bida. haha.
ini semua media masa yg suka sgt umum kat paper. Takdak cerita dahh.
Nanti jumlah duit kita dlm bank pon gi post kat paper. Pastu perompak/penculik masuk rumah baru tau.
Post a Comment