SAHABAT BLOG

04 May 2012

CERPEN BEERSIHT TIGA POINT KOSONG





Di dalam sebuah rumah kelihatan seorang pemimpin sedang memberikan taklimat kepada anak buahnya sebagai persediaan untuk mengikuti satu perhimpunan BEERRSIHT 3.0 . Antara penerangan yang diberikan ialah cara-cara untuk memprovokasi pihak polis.Katanya:

" Bila polis tangkap, kamu semua hendaklah meronta-ronta seolah-olah hendak  melepaskan diri. Semoga tindakan kamu tu akan menyebabkan polis menggunakan kekerasan terhadap kamu. Inilah yang kita mahu iaitu membuktikan kepada rakyat bahawa Polis telah bertindak kejam terhadap peserta demonstrasi. Kalau ada yang luka dan tercedera, itu adalah satu tindakan yang terpuji. Segala kos rawatan dan kos guaman usah risau kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya" . 

" Apa yang perlu kita buat sehingga mendorong polis menahan kita" tanya seorang peserta.

" Kamu hendaklah membuat pelbagai perkara supaya mendorong pihak polis menahan kamu. Antaranya kamu boleh menghedrik pihak polis, kamu boleh menyepak pihak polis, terajang polis atau kamu boleh merempuh hadangan pihak polis" kata pemimpin berkenaan.

" Jika demikian, nanti pihak kerajaan akan kata kita yang memulakan provokasi terhadap pihak polis" seorang peserta mengeluarkan pendapatnya.

" Usah risau, kita boleh terbalikkan isu. Kita boleh katakan bahawa yang memulakan provokasi itu adalah ejen provokasi kerajaan yang terdiri dari pihak SB yang menyamar. Sudah tentu rakyat akan percaya kepada kita kerana perkara tersebut lojik akal" Pemimpin berkenaan mengeluarkan hujah bagi menenangkan para peserta yang mula risau.

Apabila semua peserta diam, pemimpin berkenaan meneruskan penerangannya.

"Kita tahu bahawa Mahkamah tidak membenarkan kita masuk ke Dataran Merdeka, tetapi itu kata mahkamah. Kita tidak peduli, kita tunggu apa kata Tuan Sheikh. Kalau dia minta kita masuk, maka kita akan masuk walau apa cara sekalipun" terang pemimpin berkenaan yang merujuk kepada perintah mahkamah yang diperolehi oleh PDRM yang menghalang peserta BEERRSIHT 3.0 untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

"Hidup Tuan Sheikh" Laung para peserta.

"Hidup LGBT" kata seorang peserta Kiper (merujuk kepada lelaki muka macam perempuan). Semua peserta lain berpaling kepadanya sambil tersenyum. 

"Tuan, saya dimaklumkan ada peserta dari Keletong tak ada duit nak datang ke KL. Maklum sajalah, mereka semua hanya kerja kampung sahaja, mana ada duit nak bayar sewa hotel, makan minum, minyak kereta dan sebagainya" Seorang peserta dari Keletong meluahkan apa yang didengarnya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

" Saya faham, rakyat Keleletong bukannya kaya pun sebab Keletong miskin kerana peluang pekerjaan kurang. Namun demikian mereka sabar dan zuhud belake. Mana yang kaya raya tu, pasal mereka merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki. Bagi tahu peserta Keletong supaya minta duit dari Tok Guru sebab dengar ceritanya Tok Guru dah fatwakan menghadiri bersih ni hukumnya wajib. Jadi kalau tak datang, hukumnya berdosa. Nak datang macamana kalau tak ada duit. Jadi saya percaya Tok guru akan bagi duit peribadi dia. Nak harapkan duit parti, Presiden Parti kata tak ada duit kerana parti kita adalah parti miskin". Panjang lebar pemimpin berkenaan memberikan cadangan kepada soalan peserta tersebut.

"Okeylah kalu lagu tu" Disahut pula oleh peserta dari Keletong yang majoriti memenuhi bilik mesyuarat.

"Baiklah ada apa-apa lagi. Masih ada yang tak faham ke?" Tanya pemimpin berkenaan kepada para peserta.

Semua peserta berdiam dan angguk tanda faham semuanya. Apa yang mereka faham tak tahulah.

" Baiklah kalu begitu jom kita semua bersurai dan jumpa lagi di Dataran pada 28hb April 2015 ni." Pemimpin tersebut menutup majlis.

Nota: Cerita di atas adalah sebuah cerpen yang tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Manakala gambar di atas tiada kaitan dengan cerita ini. Gambar di atas adalah sebahagian daripada peserta yang dikehendaki oleh pihak PDRM bagi membantu siasatan rusuhan BERSIH 3.0 pada 28hb April 2012.

1 comment:

Anonymous said...

kalau tak de provokasi dari pihak sana...tak de apa yg teruk berlaku.

dengan meriam, postol, ntah apa2 lagi...mcm nak gi perang