SAHABAT BLOG

07 April 2012

Kesusahan Kita Rahmat Kepada Orang Lain

Melanjutkan pelajaran di Luar Negara memerlukan perbelanjaan yang besar. Kebiasaannya perbelanjan besar tersebut ditanggung oleh kerajaan ataupun syarikat-syaikat GLC melalui biasiswa yang diwujudkan.  

Namun demikian, ramai di kalangan ibu bapa yang sangup untuk menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti pembelajaran diluar negara walaupun tidak mendapat tajaan daripada kerajaan negeri ataupun mana-mana pihak.

Kebiasaannya mereka menghantar anak-anak mereka belajar di Mesir dan Arab Saudi. Ibu bapa  sanggup hantar anak dengan belanja sendiri ini dengan harapan apabila tamat belajar nanti, anak-anak ini dapat membalas jasa ibu bapa mereka. Bagi mereka yang mendapat tajaan ,  semestinya mereka sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menaja mereka dan bukannya bertindak melawan atau mencerca pihak yang menaja mereka. 

Baru-baru ini kerajaan Terangganu menamatkan tajaan kepada 6 orang pelajar yang belajar di Mesir dengan alasan pelajar tersebut telah melanggar perjanjian pembiayaan. Pelajar terbabit telah melibatkan diri di dalam suatu perbuatan yang bersalahan dengan undang-undang negara apabila mereka bertindak menyertai satu perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang iaitu perhimpunan HARAM BERSIH 2.0. 

Penamatan pembiayaan ini menjadi suatu tamparan kepada ibu bapa pelajar terbabit. Namun sayang kekecewaan mereka telah dipolitikkan. Inilah masalahnya jika semua perkara dan masalah yang ada bersangkutpaut dengan keputusan kerajaan  hendak diselesaikan melalui pentas politik. Sebagaimana sedia maklum apabila dipentaskan dipentas politik sudah ianya menjadi semakin sukar untuk mencari titik penyelesain. 

Memang benar banyak perkara boleh diharapkan untuk diselesaikan dipentas politik, tetapi bukan semua perkara dan tidak semua pemimpin yang terpengaruh dengan ugutan mahupun keputusan yang dibuat dipentas politik. 

Inilah yang berlaku kepada para pelajar terbabit apabila mereka memanjangkan isu dan masalah mereka ntuk dipinjam oleh parti politik pembangkang untuk dipentaskan. Tindakan merea itu sebenarnya telah mengundang rasa tidak senang dan melebarkan lagi jurang penyelesaian antara kerajaan negeri dengan mereka. Andaikata mereka bertindak dengan lebih rasional dengan mengemukakan rayuan dan menginsafi kesilapan dan kesalahan mereka tanpa merelakan isu mereka dipinjam oleh parti politik untuk dipentaskan, aku percaya jalan penyelesaian yang membawa kegembiraan kepada semua pihak bakal tercapai.

Dek kerana kedegilan mereka dan dek kerana keegoan mereka, maka peluang mereka untuk mendapat kembali pembiayaan tersebut telah ditutup  serapat -rapatnya oleh kerajaan Terangganu. Untuk kupasan yang lebih menarik dan lebih menusuk kalbu sila baca blog sahabat blogger Dinturtle di SINI.

Apa yang boleh aku simpulkan ialah setiap masalah dan isu itu mempunyai banyak jalan penyelesaian, cuma mana kita tidak tahu mana satu penyelesaian itu akan membawa kebaikan dan rahmat kepada kita. Kalau silap memilih jalan penyelesaian, rahmatnya bukan kepada kita tetapi rahmatnya kepada orang lain. Dalam kes 6 orang pelajar ini, aku anggap mereka silap memilih jalan penyelesaian dan rahmat kepada penyelesaian itu adalah kepada kerajaan Terengganu manakala bala atau susahnya terpalit kepada mereka, ibu bapa mereka dan kaum keluarga mereka.

No comments: