SAHABAT BLOG

21 March 2012

Tahniah Tranung Hebat dalam Serba Serbi

Keputusan SPM dah diumumkan. Tranung negeri bagi orang-orang beriman terul kekal cemerlang bagi 4 tahun berturut-turut. Tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri kerana berjaya membawa kecermerlangan kepada Negeri Tranung dalam bidang pendidikan dan juga bidang sukan. Hasil pemerintahan Mat Said setelah ambil alih dari Deris terus menampakkan kejayaannya. Biarpun beliau digelar MB "Kepala Hangin" tetapi jelas terbukti beliau mempunyai sentuhan ajaib untuk kecerlangan Tranung.

Terus terang aku cakap, rugi betul jika sekiranya Mat Said tidak menjadi MB untuk tempoh selepas PRU 13 nanti. Oleh itu aku harapkan kepada kawan-kawan di Tranung supaya bekerja dengan lebih kuat lagi agar anasir-anasir yang boleh menganggu gugat kepimpinan MB Mat Said dihapuskan maksudnya diketepikan. Terutama musuh-musuh dalam selimut. Musuh dalam selimut yang amat berbahaya kerana kita ingatkan dia kawan, maka ajak tidur sekali tetapi rupa-rupanya dia tikam belakang. Kalau tikam depan, boleh juga kita mengelak, tetapi kalau tikam belakang macamana nak elak, sedar-sedar terasa ada benda yang menusuk.

Aku sendiri bercadang nak sekolahkan anak aku di kampung tahun depan untuk hadapi UPSR. Belajar di KL ni tak jadi setarang baroh. Cikgu bukannya rajin macam cikgu di Tranung. They have  no posionate to do their jobs.

Dok caye, ce bace berita yang diambil dari blog Ahmad Said ni. KlIK-KLIK.

3 comments:

Anonymous said...

Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan bn.

putrarahman said...

Dah semak ke dan ada fakta ke bahawa tanah-tanah yang disebutkan itu Tanah Rizab Melayu?

Anonymous said...

semuanya melayu.