SAHABAT BLOG

18 March 2012

BN sudah bersedia untuk PRU 13.

Ramai pihak sedang membuat persiapan terakhir untuk menghadapi PRU 13. Melihat kepada keyakinan PM, aku percaya Parllimen bakal dibubarkan apabila  YDA secara rasmi ditabalkan. 13 pula akan diadakan dalam Mei ataupun awal Jun 2012.

PM sendiri pada hari ini semasa perjumpaan dengan rakyat Selangor memberikan keyakinan kepada penyokong BN bahawa BN mampu untuk menawan kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Sudah tentu beliau berkata sedemikian berdasarkan risikan-risikan yang dilakukan oleh mereka yang diberikan tanggungjawab. Maknanya lampu hijau telah diperolehi oleh PM untuk mengadakan PRU 13.

TPM pun mengumunkan bahawa beliau telah selesai mengadakan lawatan ke semua negeri. Maknanya PM pun telah selesai mengadakan lawatan kesemua negeri kerana TPM hanya akan membuat follow up sahaja negeri-negeri yang dilawati oleh PM. TPM pun dah serak-serak suaranya kerana begitu banyak memberikan ceramah dan penerangan kepada para pengundi. 

Mod pengundi nampaknya berada di dalam berpihak kepada BN manakala pembangkang pula sedang bergelut dengan pelbagai isu akibat pendirian tidak sekepala para pemimpin mereka. Dalam isu Kedah umpamanya, para penyokong PAS sudah seronok dengan ketegasan MB untuk mengugurkan 2 orang calon EXCO, tetapi keseronokan mereka diragut oleh kepimpinan PAS pusat. 

Para penyokong PAS dan PKR telah mencanang keseluruh negara melalui pelbagai media perihal kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Yahudi. Tup-tup, pada hari ini pemimpin PAS pula mengatakan bahawa tidak ada salahnya berdagang dengan Yahudi. Penyokong menjadi pening kepala. Mana satu yang betul ni?

Kes lembu NFC nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian yang diharap-harapkan oleh pembangkang iaitu pendkawaan di mahkamah dan pengunduran Sahrizat dari jawatan kabinet. Jadi tak ada isu lagi yang boleh mereka mainkan dalam isu lembu ni. 

Aku nampak dan aku perhatikan dalam banyak-banyak isu, samada isu lembu, lynas, dakwat, demonstrasi, ISA dan lain-lain isu, kerajaan di bawah pimpinan DS Najib tidak bertindak menutup telinga atau menutup pintu mereka untuk mendengar suara rakyat. Maknanya kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib adalah sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat sebagaimana selogan 1malaysia " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 

Aku yakin dan percaya jika inilah yang menjadi teras dan dasar kepimpinan DS Najib, negara Malaysia akan terus maju dan cemerlang dimasa-masa yang akan datang. Bagi DS Najib, suara pembangkang walau dari medium nana ianya dikumandangkan, ianya tetap akan diberi pertimbangan. 

Aku mengharapkan prinsip kepimpinan ini bukan disebabkan kerajaan berada dalam keadaan lemah dan goyah. Aku tidak mahu semua yang dilakukan oleh DS Najib itu diterima sebagai isyarat yang salah oleh pihak pembangkang. Apabila kerajaan lemah dan goyah, maka mudah bagi pembangkang menganggu gugat kerajaan. Paling ditakuti ialah pembangkang yang diketua oleh pemimpin yang mempunyai dendam peribadi kepada kerajaan. Pemimpin sebegini sanggup melakukan apa sahaja termasuk memohon bantuan asing untuk menganggugugat kerajaan dan menumbangkan kerajaan.

Perkara sebegini jarang ada pada kepimpinan terdahulu dimana suara pembangkang adalah merupakan gangguan-gangguan dijalanan yang harus diketepikan. Pada masa dahulu, suara pembangkang tidak ada nilai kepada kerajaan kerana pada masa itu kerajaan berada di dalam keadaan yang kuat dan selesa. Apabila kerajaan kuat dan selesa, sukar bagi anasir-anasir luar untuk menganggu gugat kedudukan kerajaan dan ini dapat menyelamatkan kerajaan dan rakyat. 


3 comments:

Anonymous said...

yes ...kita tetap yakin menang setelah kita:-

- ubah kwsn orang mengundi/sempadanan semula(kononnya)
- perbanyak kan pengundi pos (tak apply pun kena jadi pengundi pos)

dan banyk lagi kita telah buat.

putrarahman said...

yes ...kita tetap yakin menang setelah kita:-

1. Yakin bahawa PKR makin hilang sokongan.

2. Yakin bahawa PAS semakin bercelaru dalam perjuangan mereka.

3. DAP makin ditolak oleh pengundi Melayu.

Anonymous said...

4. dah byk duit kita suap kat pengundi

5. kita kekalkan amalan gengster- kita kacau ceramah pembangkang

6. kita amalkan politik kotor....yes kita boleh menang

7. kita berdebat dan kita hentam pembangkang melalui tv dll.