SAHABAT BLOG

09 February 2012

PAS kata Sambutan Valentine Day Di Bolehkan

Meraikan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. tak boleh, pasal tidak disambut pada zaman sahabat kononnya. Oleh itu sesiapa yang meraikan sambutan Maulidirasul itu dikira telah melakukan perbuatan bida'ah.

Namun demikian dalam masa yang sama boleh pulak meraikan hari kekasih. Hari dimana begitu banyak anak-anak luar nikah diprojekkan itu dibolehkan pulak. Kononnya mengambilkira Adam dan Hawa juga memadu kasih, maka menyambut hari kekasih ini sebagai mengambil fitrah sunah Adam dan Hawa.

Mengarut betullah orang PAS ni. Melakukan sesuatu yang baik dan mendapat pahala, dikira sebagai bida'ah tetapi menyambut hari kekasih yang terang-terang satu perbuatan yang menyumbang kepada kemaksiatan dan terang-terang mengikuti golongna kapir itu dibolehkan pula.

Bagi maksud membolehkan sambutan hari Kekasih ini, Ketua Pemuda PAS berkata,

" Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan".


"Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam".


Aku tidak peduli apa hujah yang mereka keluarkan untuk membenarkan sambutan  hari kekasih ni walaupun mereka berhujah mengambil fitrah kasih sayang Nabi Adam dan Hawa, tetapi bagi aku sambutan hari kekasih yang dimaksudkan ialah satu sambutan bagi meraikan pasangan kekasih yang belum berkahwin dan ramai dikalangan mereka akhirnya terjerumus ke lembah maksiat seusai menyambut hari berkenaan.

Mana ada lagi anak muda Islam sekarang ini yang sanggup untuk menjaga adat dan syarat yang ditetapkan.
Anak muda zaman sekarang ini mana lagi pandai untuk menjaga aurat, mahram dan sebagainya. Cuba tanya anak muda Islam, adakah mereka tahu apa mahram, apa itu aurat, apa dosanya jika buka aurat, apa dosanya jika keluar tanpa ditemani mahram?

Kalau ini pun mereka tidak boleh jawab, bagaimana pula mereka hendak menjaga adat dan syarat yang ditetapkan.

Sambutan hari kekasih ini bukannya satu sunnah di dalam Syariat Islam, tetapi ianya satu perbuatan yang dimulakan oleh pengikut kristian, disemai dan dibajai oleh orang kapir dan dikembangkan oleh pelbagai agama di dunia ini. Sambutan hari kekasih ini seolah-olah sudah menjadi satu ajaran agama bagi para pengikutnya, sama seperti sambutan hari lahir dengan kek dengan nyanyian dan lilinnya.

Inilah sikap dan juga perangai mereka yang berilmu yang cuba untuk meliberalkan ilmu mereka supaya sesuai dengan matlamat politik mereka.

Sepatutnya pada zaman maksiat berlambak-lambat dan merata-rata ini, para ilmuan Islam hendaklah bertegas dengan ilmu mereka dan bukannya meliberalkan Ilmu mereka. Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan Islam terutama berkenaan aurat wanita hendaklah ditegaskan dan kalau boleh satu bentuk hukuman hendaklah dikaji kerana perbuatan mendedah aurat di kalangan wanita islam sudah menjadi-jadi.

Kalau dulu kita tidak melihat ada wanita Islam yang baik-baik mendedahkan aurat, tetapi kini kita boleh lihat dimana-mana. memakai T-Shirt lengan pendek tetapi pada masa yang sama bertudung litup sudah menjadi satu trend sedangkan aurat tangan itu lebih jelas berbanding aurat rambut.

Aku tak mahu ulas panjang, bacalah kenyataan Ketua Pemuda PAS di bawah ni yang menyatakan Anak Muda Islam boleh menyambut Hari kekasih.

Nasrudin: Anak muda Islam boleh rai Hari Kekasih jika...



2:32PM Feb 9, 2012


Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:

a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;


b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan


c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama


"Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan," katanya.


Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka.


"Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan.


"Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka," tambahnya.


Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama.


"Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat.


"Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan," katanya.


Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah.


"Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.


"Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.


"Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.


"Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.


Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia.


"Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.


"Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam.


"Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.


"Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar," jelasnya.



3 comments:

Anonymous said...

berbeza sangat tulisan dan cara saudara menterjemah sendiri dengan tulisan sebenar nasrudin. adakah nasrudin begitu buta islam!!! semoleknya jgn dipanjangkan dan dicerita rekaan bukan-bukan dan menokok tambah dari tulisan asalnya.

Anonymous said...

"Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya."

gua sokong komen pada 10 Februari 2012 1:01 PTG - apa pun saudara jgn berlebih terjemah dari maksud asal penulis iaitu Ust. Nasrudin. Justeru itu gua harap saudara jgn hanya melihat kpd satu sumber shj dan akan mejurus kpd kesalahan pentafsiran yg saudara bikin sendiri.

putrarahman said...

Terima kasih kepada yang memberikan komen. Saya melihat kepada pokoknya sahaja dan tidak peduli akan hujah-hujah. Sekarang ini bertapa ramai orang yang pandai berhujah-hujah sehingga lupa kepada pokok perkara.

Kalau pokok perkara itu jelas bertentangan dengan Islam, hujah-hujah yang dikeluarkan itu hanyalah sesuatu yang bersifat mengelirukan.