SAHABAT BLOG

18 February 2012

Menolak Amanat Haji Hadi


“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Amanat Haji Hadi timbul kembali setelah sekian lama ianya dipendamkan oleh ahli politik dek kesibukan untuk menguruskan Anwar Ibrahim. Sahabat Bloger yang aku gelar Bapa Bloger Pantai Timur iaitu dinturtle ada cerita menarik berkaitan Amanat Haji Hadi ini. Artikel beliau boleh di dapati di SINI

Aku yakin dan percaya ramai dikalangan para penyokong PAS generasi muda tidak tahu dan tidak pernah membaca  amanat ini. Namun demikian, amanat ini telahpun sebati di dalam darah daging para penyokong PAS,  ianya telah diturunkan dari generasi ke generasi. Ianya telah menjadi satu warisan yang diceritakan dan diturunkan dari bapa kepada anak-anak, dari anak-anak ke cucu-cucu dan dari cucu ke cicit-cicit. 

Amanat ini secara jelas dan terang telah menyatakan bahawa UMNO ini sebuah parti yang perlu ditentang. Sebuah parti yang perlu diperang habisan-habisan. Kerana apa? Kerana UMNO ini mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kapir penjajah. Amanat ini jelas menyatakan bahawa menentang UMNO ini adalah satu fisabilillah. Sesiapa yang mati kerana menentang UMNO, maka matinya  mendapat syahid. Mati kerana menentang UMNO akan mendapat balasan Syurga.

Percayalah sedare sedari bahawa amanat inilah yang menjadi punca penentangan yang melampau para penyokong PAS dari satu generasi sehingga ke satu generasi terhadap UMNO. Amanat inilah yang menjadi punca berlakunya sembahyang dua iman, berlakunya masjid PAS dan Masjd UMNO, adanya  surau PAS dan surau UMNO, suami isteri bergaduh, bercerai berai, anak-anak penyokong PAS tidak mendapat biasiswa, orang PAS tidak mendapat bantuan kerajaan, dan banyak lagi kesan-kesan buruk disebabkan amanat ini.

Amanat ini juga jelas menyatakan bahawa punca penentangan PAS terhadap UMNO kerana Perlembagaan Persekutuan yang wujud sekarang. Perlembagaan Persekutuan yang digunakan sekarang yang dikatakan sebagai perlembagaan kapir penjajah juga yang telah membantu meninggikan syiar Islam di negara ini, perlembagaan yang 'mengislamkan' orang Melayu, perlembagaan yang 'mengislamkan' negara ini, perlembagaan yang telah banyak membangunkan sekolah-sekolah agama Islam, perlembagaan yang telah begitu banyak mendirikan masjid-masjid, perlembagaan yang telah ramai mengeluarkan hafiz, hafizah dan sebagainya.Perlembagaan yang banyak berjasa terhadap Islam di negara ini telah dikapirkan oleh PAS. 

Sedare sedari sekelian, sekarang ini siapa yang begitu lantang hendak mempertahankan perlembagaan ini. pemimpin mana yang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan perlembagaan ini. Betul bahawa UMNO yang begitu lantang hendak mengunci perlembagaan ini, benar  PERKASA yang akan  mempertahankan perlembagaan ini dengan titisan darah terakhir, tetapi di antara mereka ini PAS juga sudah begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan perlembagaan ini. 

Perlembagaan yang menjadi musuh utama mereka sebelum ini, perlembagaan yang pernah mereka kapirkan ini telah menjadi satu yang perlu mereka pertahankan, telah menjadi sesuatu yang perlu mereka pelihara. Sekarang ini, siapa yang syahid, sapa yang kapir?. 

Baca kata-kata dan ucapan Haji Hadi di bawah untuk membuktikan bahawa beliau begitu menjunjung tinggi perlembagaan persekutuan.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.
“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tambah beliau (gambar): “Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.” Rujuk sumber SINI.
PAS juga dengan tegas bersama di dalam Pakatan Rakyat akan mempertahankan perlembagaan pesekutuan. Baca di bawah ini.

Bagi DPPN Pk, perkara tersebut turut ditekankan oleh PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dengan sepakat berdasarkan konvesyen PR tahun lepas yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa Orang Melayu dan Raja Berpelembagaan. - Sumber blog.marhaen.info.

Masih syahidkah lagi para penyokong PAS yang menentang perlembagaan yang mereka kapirkan ini? 

Haji Hadi wajib menarik balik amanat beliau ini. Haji Hadi perlu memohon maaf kepada UMNO. Haji Hadi mest mentarbiah kembali para pengikutnya agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Haji Hadi perlu memperakui bahawa perjuangan menentang UMNO ini hanyalah kerana untuk mendapatkan kuasa. 

Banyak sungguh kerja yang Haji Hadi wajib laksanakan untuk membetulkan kembali kerosakan yang telah dilakukan akibat amanat yang keterlaluan beliau ini. " Politik Suku, Agama Suku" yang dikarangoleh Haji Hadi 30 tahun yang lalu masih lagi didendangkan sehingga kini. "Poltik Suku, Agama Suku" ini dinyanyikan disetiap kempen mereka. 

"Politik suku, agama suku" ini dikarang oleh Haji Hadi hasil daripada amanat songsang beliau ini. Oleh itu wajar istulah " Politik Suku, Agama Suku" ini turut samat diperbetulkan oleh Haji Hadi. " Politik Suku, Agama Suku" inilah yang menyebabkan PAS sentiasa sahaja jadikan ianya  modal untuk mentarbiah para pengikut mereka bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang direstui oleh Allah. 

Sekarang ini, siapa yang mengsukukan agama dan mengsukukan politik. Politik itu adalah sebahagian daripada Islam, seperti juga syariat Islam yang lain seperti perniagaan, perkahwinan, dan banyak lagi. Mengasingkan politik dari perbincangan agama bukanlah bermakna mengasingkan politik dari Islam. Namun ianya diasingkan perbicaraannya, mengasingkan padangnya supaya tidak bercampur aduk untuk mengelakkan kekeliruan. Politik itu banyak teorinya, banyak pengamalnya. Begitu juga dengan perniagaan, begitu banyak pengamalnya yang berlainan agama dan bangsa dan budaya. 

Kelainan dan perbezaan ini dipraktikkan oleh UMNO bagi meraikan perbezaan yang terdapat di dalam kehidupan masyarakat negara ini. Selagi ianya membawa kebaikan kepada umat manusia , maka setiap teori dan amalan yang berlainan itu diraikan. Sekarang ini PAS sendiri telah meraikan perbezaan Politik ini di dalam pakatan Rakyat. Mereka bertekad untuk mempertahankan Perlembagaan yang pernah mereka kapirkan kerana meraikan perbezaan amalan politik yang ada pada rakan pakatan mereka.

Sedare sedari, kesimpulannya yang boleh diambil ialah amanat yang dikarang oleh Haji hadi lebih 30 tahun yang lalu hendaklah ditarik balik dan Haji Hadi perlu memohon maaf kepada UMNO. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang saling bergantung antara satu sama lain, membezakan medan dan padang politik dengan medan dan padang Islam itu wajar untuk meraikan perbezaan agama dan bangsa serta budaya negara kita ini bagi tujuan untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.  


1 comment:

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu