SAHABAT BLOG

01 February 2012

Hukuman atau Ganjaran kepada Melayu Belum Daftar

Akhbar kegemaran aku, akhbar nombor 1Malaysia dan akhbar paling dipercayai kesahihan berita yang dilaporkan, tidak lain dan tidak bukan Utusan Malaysia  hari ini telah melaporkan ramai di kalangan orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi. Perkara ini diporkan oleh pihak SPR.

He Ha, apa nak jadi kepada orang melayu ni. Semua perkara diambil mudah sehinggakan perkara yang penting begini dimudah-mudahkan. Alasan sibuk tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan andai kata suatu hari nanti disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu menyebabkan kuasa Melayu jatuh ke tangan orang asing. 

Nampaknya begitu sukar untuk memastikan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih. Bukan sekali pendedahan dan gesaan dilakukan oleh SPR, tetapi sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan, tetapi masih lagi terdapat di luar sana yang langsung tidak mengambil peduli akan perkara ini. 

Aku percaya dikalangan teman-teman baik kita, masih ramai yang tidak mendaftar menjadi pengundi. Belum,lagi dikira mereka yang telah mendaftar tetapi tidak menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Ini semua tanda-tanda awal kemusnahan kuasa politik orang melayu di malaysia ini. Bangsa lain berlumba-lumba hendak menjadi pemilih sedangkan orang melayu mengambil sikap sambil lewa. Orang melayu berebut juga hendak menjadi pemilih, tetapi menjadi pemilih dalam SMS, Juara Lagu, Akademik Fantasia atau apa-apa program yang berbentuk hiburan.

Boleh tak kerajaan menghukum mereka yang layak ini dengan suatu hukuman kerana tidak mendaftar sebagai pemilih? Aku fikir jika ada hukuman sedemikian, boleh jadi orang melayu ini akan mengambil tindakan sewajarnya. Sudah menjadi budaya sesetengah orang melayu ini, apabila ada hukuman barulah mereka akan bergerak atau melakukan sesuatu. Kalau tidak boleh dihukum, mungkin kerajaan boleh memikirkan suatu bentuk ganjaran kepada mereka yang belum mendaftar ini supaya berbuat demikian. Dua perkara ini iaitu hukuman dan ganjaran sudah sebati dengan budaya melayu. 

Mungkin boleh diwujudkan satu Yayasan Melayu Malaysia ( YMM) yang menjaga kepentingan melayu untuk memberikan ganjaran kepada anak bangsa yang berjasa kepada negara termasuk ganjaran kepada anak melayu yang mendaftar diri sebagai pemilih ini. 

Kepada pembaca blog ini yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, aku mengesa supaya mereka mendaftar segera. Soal mengundi siapa dalam pilihanraya itu soal kedua, tetapi jika tidak mendaftar secara automatik satu undi dari tuan-puan sudah tidak dikira.

Ingatlah bahawa semua perkara yang berlaku di dalam negara kita ini bermula dari Pilihanraya. Samada ekonomi, pendidikan, sosial, kesihatan, ditentukan oleh dasar-dasar kerajaan. dasar-dasar ini pula ditentukan oleh parti yang memerintah. Siapakah parti pemerintah itu pula ditentukan di dalam Pilihanraya. Semenjak merdeka sehingga sekarang kita dapati dasar-dasar yang dilakukan atau dibuat oleh parti pemerintah dilihat memihak kepada bangsa majoriti negara ini kerana pemerintahan negara dipimpin pemimpin dari bangsa majoriti. Namun keadaan ini bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah. Perubahan masih boleh dilakukan jika sekiranya bangsa majoriti itu alpa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemerintah. 

Sekali mendapat kuasa, bukan setakat dasar sahaja yang bakal berubah, tetapi Perlembagaan negara pun mampu untuk diubah dan usaha untuk mengubahnya akan diusahakan. Tiada lagi keistimewaan, tiada lagi Raja-raja, tiada lagi kuota, tiada lagi Islam sebagai agama rasmi. Bila aku cakap sedemikian, nampak seolah-olah sesuatu yang mustahil , ataupun nampak seperti lebih keUMNOan, tetapi aku percaya sesiapa sahaja yang masih waras berfikir akan melihat perkara ini dari sudut positif dan ianya sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ianya bukan Al Quran yang tidak boleh diubah dan bukan juga Buku Jingay yang disembah dan diagung-agungkan. Berapa banyak negara yang telah mengubal perlembagaan negara mereka oleh pihak yang mempunyai tanggapan bahawa  mereka sentiasa di dalam penindasan dan kerugian jika masih dibawah perlembagaan asal. 

"Sekali ku dapat, aku akan usahakan agar ianya tidak terlepas lagi. Aku akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkannya".

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof

Sumber: Utusan Online

No comments: