Astafirullah Al Azim, jahat betul orang yang beniat untuk menghina orang Islam apabila melempar (meletakkan) kepala babi di hadapan tangga masjid di Rawang, Selangor. Walaupun ada pihak yang mendakwa bahawa tindakan itu lebih kepada provokatif, tetapi bagi aku ianya bukannya satu provokatif, tetapi satu tindakan jahat dan penuh kebencian kepada Islam.
INI PERBUATAN YANG SEJAHAT-JAHAT MENGHINA UMAT ISLAM. MAKIN JELAS, MAKIN BERANI PERBUATAN MEREKA MENGHINA ISLAM.
Aku tidak mahu menuduh kepada pihak mana yang melakukan perbuatan ini, tetapi walau siapa pun mereka, aku berdoa semoga Allah melaknat orang yang melakukannya termasuk keturunannya sama yang telah mati, masih hidup dan bakal dilahirkan. Perbuatan ini amat terkutuk dan amat tidak adil kepada umat Islam di Malaysia ini.
Punca kepada perbuatan ini mungkin bermotif dendam peribadi, mungkin bermotif dendam politik, aku tidak mahu membuat andaian. Namun demikian, terdetik juga dihati kecil aku, mungkin juga perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang tidak puas hati kepada beberapa isu terkini yang berlaku di Selangor. PAS DAN PKR SERTA DAP KENA BERTANGGUNGJAWAB.
Biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka dengan cepat dan berkesan. Jika kes pembakaran gereja dapat diselesaikan dengan cepat, tiada sebab kenapa kes penghinaan terhadap Umat Islam ini tidak disegerakan.
Mana perginya pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam yang boleh mewakili kerajaan negeri. Ronie Liu pula yang pergi meninjau, mana pergi EXCO hal Ehwal Islam. Maruah orang Islam dipermainkan, EXCO Hal Ehwal Islam tak nampak batang hidung, diwakilkan kepada EXCO yang menyokong Arak dan Judi. hancusssssssssssss.
"Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa ADUN Rawang Gan Pei Nei akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan". malaysiakini.
Uek....uek, tolong nak muntah aku ni....uek...uek...
No comments:
Post a Comment