SAHABAT BLOG

12 February 2012

Anwar akan membawa malapetaka kepada Malaysia jika menjadi PM - Dr. Chandra




Bagaimana pula pandangan Dr. tentang keadaan sekarang apabila banyak perkara semakin jelas tentang Anwar sama ada dalam hubungannya dengan pemimpin luar serta dalam soal peribadi?

CHANDRA: Mungkin kita masih ingat empat hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung, saya pernah ditanya pandangan jika Anwar menjadi perdana menteri dalam satu forum dianjurkan akhbar The Star, saya menjawab berterus terang bahawa beliau akan menjadi malapetaka kepada negara. Itu pandangan saya selepas tujuh tahun meninggalkan parti. Anwar telah menyaman saya sebanyak RM10 juta selepas saya menyatakan pandangan itu. Kes itu masih belum selesai dan ia masih di peringkat pengurusan kes. Namun saya akan tetap dengan pendirian saya tentang hal ini. Pada pendapat saya, perkembangan dalam dua tiga tahun ini memperkukuhkan pandangan saya tentang Anwar. Kini pandangan saya mengenai beliau semakin kukuh setelah Pilihan Raya 2008 antaranya peristiwa 16 September, ia adalah satu pembohongan besar. Kalau kita benar-benar serius memperjuangkan demokrasi, bagaimana kita boleh mencetuskan satu rancangan atau komplot yang sangat bertentangan dengan demokrasi. Ini bermakna beliau mahu merampas kuasa melalui politik pintu belakang dan itu yang saya tentang. Malah saya pernah menulis satu artikel mengenai bagaimana beliau memujuk ahli Parlimen untuk berpaling tadah menjatuhkan parti yang dipilih secara sah dan demokrasi.
Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati demokrasi malah hanya mempergunakan demokrasi untuk kepentingan diri. Adakah tindakan beliau ini berlandaskan etika? Sudah tentu Anwar ada menawarkan janji-janji tertentu kepada beberapa pihak yang sudah tentu melibatkan wang, jawatan dan sebagainya. Kita tidak tahu tentang perkara sebenar tetapi jika benar sudah pasti ia berbentuk rasuah. Padahal jika Anwar berucap di luar mahupun dalam negara, beliau akan mengecam kerajaan sekarang sebagai rasuah dan sebagainya. Bagi saya beliau mempunyai masalah kontradiksi dalam personaliti beliau. Tidak ada pemimpin politik yang lebih hebat mengecam rasuah, isu kronisme dan sebagainya selain beliau tetapi sebenarnya beliau pun sama juga.
Satu lagi bukti yang saya mahu kemukakan adalah mengenai cara beliau menangani pemilihan dalam parti. Anwar akan memastikan kroninya menang pada hal beliau begitu lantang menentang kronisme. Terdapat banyak masalah berkaitan dengan etika seperti cara pihaknya mengira undi yang tidak betul, terdapat nama yang tidak wujud dalam pendaftaran parti serta bermacam-macam lagi. Keadaan sangat kucar-kacir dan apakah kita mengharapkan orang seperti ini menjadi pemimpin negara?
Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’ specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi.
Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara langsung.
Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini, tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku.

COKAM: Aku sengaja higtlight isu ini dalam blog aku dengan harapan akan ada para penyokong PAS dan PKR yang seumur hidup mereka tidak pernah membaca Utusan semoga mereka boleh mengetahui apa pandangan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim mengenai Anwar Ibrahim.  

Semoga dengan usaha kecil ini boleh membantu menyelamat negara tercinta ini dari malapetaka yang dimaksudkan oleh Dr. Chandra. Untuk membaca dengan lebih lanjut boleh dibaca di SINI.

1 comment:

Anonymous said...

skrg dsai jadi pm pun... skrg pun dah byk putar belit - nfc contohnya