SAHABAT BLOG

18 January 2012

Pelajar Pengsan Menerima Pukulan Di Leher

TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam


Catatan Orang Kampung:  Budak-budak sekolah sekarang ni kurang ajar pasal cikgu yang kurang ajar atau persekitaran yang kurang ajar. Aku tidak salahkan cikgu seratus peratus dalam hal cikgu pukul pelajar kerana kebanyakkan para pelajar yang samseng sekarang ni memang dibentuk dan dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar oleh persekitaran dan juga teknologi semasa.

Zaman aku sekolah dulu, bukan tak ada pelajar yang samseng dan kurang ajar tetapi tidaklah sampai ada yang masuk hospital di pukul guru. Semasa aku sekolah dulu, acap kali juga aku kena denda dan ada satu hari tu kena penampar Jepun. Bukan aku sorang tetapi ramai kawan-kawan aku yang kena penampar oleh Cikgu Man Bakar. Kawan aku si Adeli selamat kerana dia melarikan diri. Namun demikian, walaupun kena lempang, kami semua akhirnya berjaya menjadi insan berguna kerana kami tidak pernah membenci guru kami malahan cikgu-cikgu ni akhirmya menjadi kawan pula selepas sekolah.

Ada juga pelajar yang mengajak cikgu bergaduh. Cikgu Nara aku dengar cerita pernah bergaduh dengan pelajar. Cikgu Ridwan iaitu guru matematik aku pun dengar ceritanya pernah diajak bergaduh oleh pelajarnya. Mana pelajar-pelajar yang samseng dan ajak cikgu bergaduh semasa sekolah dulu dan mereka tidak minta maaf kepada guru berkenaan sehingga tamat sekolah, kebiasaannya susah hendak naik darjat di mata masyarakat. Mereka kebanyakkannya menjadi  seorang yang kurang berguna dalam masyarakat.

Memang aku akui bahawa ada cikgu ni yang pemanas (panas baran). Cikgu yang pemanas ni disebabkan pelbagai keadaan yang berlaku kepada diri mereka, keluarga mereka dan juga persekitaran yang menyebabkan ada ketikanya mereka tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan situasi pelajar yang degil dan kurang ajar.

Namun demikian, walaupun apa yang berlaku, aku nasihatkan kepada para pelajar yang degil, jangan sesekali mengkhianati dan menaruh dendam kepada para guru kerana perbuatan tersebut akan merugikan diri sendiri apabila tamat belajar nanti. Para guru ni adalah insan istimewa, kerana dalam dada mereka banyak ilmu yang hendak dicurahkan kepada pelajar. Allah sangat memurkai para pelajar yang membenci guru dan mengkhianati guru mereka sendiri.

Kepada guru pula, aku berpandangan, janganlah terlalu emosi untuk mengajar anak murid masing-masing. Kalau sampai pengsan ni, aku tak tahulah pukulan apa yang cikgu tu gunakan, tetapi setahu aku pukulan pada tengkuk itu adalah satu pukulan membunuh namanya. Guru-guru  sepatutnya tahu dimana tempat-tempat yang boleh dan tidak boleh dipukul kepada murid masing-masing. Tempat-tempat bahaya seperti telinga, mata, tengkuk, tengkorok, dada, tulang rusuk bungsu, kemaluan adalah tempat-tempat yang boleh mendatangkan kecederaan yang serius kepada para pelajar hendaklah dielakkan daripada dipukul samada dengan tangan mahupun objek lain.

Kebiasaanya pukulan dibenarkan dari pinggang ke bawah kerana di situ tidak terletak organ-organ penting kecuali kemaluan, dan aku cadangkan kepada kementerian supaya membenarkan para guru mempunyai rotan sorang satu semasa mengajar murid mereka, kerana pukulan rotan tidaklah boleh mendatangkan kecederaan teruk seperti pukulan maut di tengkuk. 

1 comment:

zatul_yayah said...

assalamualaikum..
terima kasih kerana mengulas berita tentang guru ini..saya nak buat rujukan boleh? hehe..