SAHABAT BLOG

18 January 2012

Kesian PAS

"Hambik ko PAS, dah kena 'main ' oleh PKR. Ini tanggapan aku. Walaupun seperti buruk sangka, tetapi nampak gayanya macam gitulah. 

 ITu baru kerajaan negeri, belum lagi kerajaan Pusat. Kalau kerajaan Pusat aku tak tahulah apalah nasib ko PAS"

Aku agaklah kalau Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan pusat PAS akan kena hayun macam buaian di taman je.   Ikut sape nak hayung, kalau PKR datang, mereka yang hayung, kalau DAP datang mereka yang hayung. Akhirnya ko pening sendiri.

Jawatan Menteri Kanan semua dibolot oleh PKR dan DAP. Jangan ko haraplah nakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau  menteri Kewangan dan sebagainya. Bahkan jawatan Menteri Hal Ehwal Agama Islam pun boleh jadi di tukar menjadi Menteri Hal Ehwal Agama tak ada Islamnya dan di pegang oleh bukan MP PKR atau PAS.

Kesian sungguh aku kepada PAS. Aku kesian kerana aku sangat rapat dengan PAS.

Cerita di atas ada kaitan dengan cerita di Selangor.Apa ceritanya di Selangor?

Ada ke munasabah seorang yang tiada kemahiran dan kelayakan dalam Islam dibenarkan menjadi Hal Ehwal Islam. Aku sebenarnya dah tergerak nak tulis pasal perkara ni. Ramalan aku, seorang bukan dari PAS akan memegang Exco Agama Islam. Namun aku tak jadi tulis kerana ianya akan mengaibkan PAS dan rakyat Selangor.

Melantik seorang bukan Ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya. Islam dah janji dah sedemikian rupa kejadiannya. Aku tak tahu apa motif sebenar perlantikan orang PKR yang tidak ada kemahiran dan kelayakan dalam bidang Islam sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam. Bukan nak merendah-rendahkan MB Khalid, tetapi tidak kena betul kerana kalau nak dikira janggut, MB PAS Dr Yunus itu lebih panjang jangutnya dari MB Khalid.

Mintak maaflah PAS, terus terang aku katakan, di dalam pakatan ni, aku lihat nasib  korang seperti kaum India. Bila diperlukan ( untuk menjadi peguam kes) kaum India yang dicari. Untuk berdemo , orang PAS yang dicari. Untuk mengaut keuntungan dan kuasa, orang PKR dan DAP silih berganti.

Jadi kepada PAS, insaflah dan muhasabah dirilah sebelum terlambat. Buangkan sifat ego yang merugikan umat tu jauh-jauh. Keluarlah segera dari PR dan berdiri atas kaki sendiri.

Insyaallah, PRU 13 nanti, jika ditakdirkan berlakunya kerajaan campuran jika sekiranya BN tidak mendapat majoriti mudah, orang-orang PAS akan dicari untuk diajak bergabung. Walaupun tak bersatu sekarang, diharapkan selepas PRU 13 BN dan PAS akan bersatu dengan syarat sekarang, mulai sekarang, bila? SEKARANG PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Biarlah PKR dan DAP buat hala tuju mereka sendiri, PAS buat hala tuju sendiri.


No comments: