SAHABAT BLOG

30 December 2011

Sembilan Satu Satu Dua

09 Januari 2012@90112 menjadi satu hari yang ditunggu-tunggu. Banyak peristiwa besar bakal berlaku pada hari tersebut.  Peristiwa paling penting sudah pasti berkenaan keputusan liwat Anwar Ibrahim. Walaupun tarikh keramat itu belum datang lagi, sudah ramai di kalangan rakyat yang dapat meneka apakah keputusan yang bakal diputuskan. Mereka yang meneka ini mungkin ada pelbagai sebab untuk membuat membenarkan tekaan mereka.

Ada golongan pertamanya mereka  meneka bahawa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah disebabkan kerajaan yang sedang memerintah sekarang ini memang mahu memenjarakan Anwar. Mereka tidak peduli  kepada  hujah-hujah dan bukti para pendakwa yang dikemukakan. Dalam ertikata lain, ramai di kalangan orang ini yang langsung tidak mengikuti perkembangan kes tetapi terus membuat tekaan Anwar bersalah kerana bagi mereka semuanya adalah satu konspirasi UMNO untuk menamatkan ancaman Anwar terhadap karier politik pemimpin UMNO.

Golongan orang  ini langsung tidak mempedulikan penat lelah pasukan pendakwaraya mengumpul bahan bukti, mereka tidak peduli kewibawaan saksi-saksi dan mereka juga tidak pedulikan hakim yang bijaksana. Kumpulan ini langsung tidak menghormati mahkamah. Bagi mereka mahkamah hanyalah menjadi alat kepada kerajaan BN untuk mengesahkan tindakan memenjarakan Anwar Ibrahim. Bagi mereka mati hidup balik pun Anwar tetapi tidak bersalah.

Puak ini tidak pedulikan apa orang lain kata bahkan kalau yang menjadi hakim itu Saidina Ali Ibni Talib sekalipun, mereka akan pertikaikan. Bagi mereka Anwar telah dianaiya. Bagi mereka Anwar adalah insan Maksum, insan yang tidak bersalah, dan mungkin ada yang berkata-kata di dalam hati bahawa Anwar Ibrahim ini adalah 'Imam Mahdi'. Disebabkan ada sedikit imam di dalam dada, mereka tidak mengatakan Anwar ini seperti seorang Nabi walaupun mungkin ada yang berani untuk berbuat demikian.


Golongan ini akan menghasut rakyat untuk memberontak dan menghasut rakyat supaya menolak keputusan mahkamah. Mereka telah mengerakkan demonstrasi  sebelum keputusan diputuskan oleh Hakim. Memang hebat kedasyatan mereka bahkan mengalahkan peristiwa pengusiran Iblis dari syurga. Iblis, sewaktu diperintahkan keluar dari Syurga, tidak bertindak membantah dan mengadakan demonstrasi menghasut penghuni syurga supaya membantah keputusan Allah mengeluarkan beliau dari Syurga kerana tidak patuh kepada perintahNya, tetapi Iblis bersumpah akan menghasut anak Adam untuk derhaka kepada Allah sehingga hari kiamat.

Golongan kedua ialah golongan yang meneka bahawa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah kerana pada pendapat mereka Anwar memang bersalah. Mereka telah meneliti hujah-hujah serta bukti-bukti yang dikemukakan oleh pasukan pendakwaraya yang diketahui  umum melalui dada-dada akhbar. Hujahan yang  mereka fikir bakal mempengaruhi keputusan ialah penemuan air mani Anwar di dalam lubang dubur Saiful Bukhari. bagi mereka penemuan air mani itu telah cukup sebagai bukti kukuh bahawa penestrasi atau pancutan telah berlaku disebabkan suatu aktiviti memasukkan kemaluan ke dalam dubur atau dalam istilah lebih mudah satu aktiviti liwat telah berlaku.

Pada pengamatan mereka , hujahan dan saksi pasukan peguambela tidak berjaya untuk menafikan kewujudan air mani Anwar di dalam dubur Saiful tetapi mereka cuba membangkitkan bahawa air mani yang dijumpai itu telah rosak dan DNA yang diperolehi daripada air mani itu telah tercemar. Isunya walaupun tercemar kenapa ianya masih menunjukkan DNA Anwar. Sepatutnya kalau tercemar ia mungkin akan merujuk kepada satu DNA yang tidak dikenal pasti.

Pihak ketiga adalah pihak yang memang mengetahui dengan jelas dan terang berkenaan perbicaraan ini dari A- Z. Pihak ini telah mendengar segala hujah-hujah dan melihat segala bukti-bukti samada yang diketahui dan tidak diketahui umum termasuk perbicaraan tertutup. Jika pihak ini mengatakan Anwar bersalah, maka ianya bukan disebabkan tekaan-tekaan oleh mana-mana pihak, tetapi itulah keputusan yang diputuskan berdasarkan pengamatan dan pertimbangan yang lakukan. Sehingga tidak dibuktikan silap oleh mahkamah yang lebih tinggi, maka keputusan itu adalah betul dan diterima. Pihak ketiga ini sudah tentu hakim yang mengadili kes.




No comments: